Bukan bermakna anda tidak mempunyai banyak wang, anda tidak boleh melancong. Dalam dunia ini terdapat pelbagai cara untuk melancong, jadi anda tidak perlu risau tentang itu. Itu semua tentang pilihan; anda boleh memilih untuk menginap di hotel lima bintang, asrama dan berkongsi bilik dengan orang lain.
Sebaliknya anda boleh melancong dengan wang yang sedikit atau tiada,
di sini saya akan berkongsikan dengan anda semua beberapa idea;-
Menginap di Asrama “Percuma”
Membayar dengan wang untuk bermalam adalah teknik lama. WorldPackers membolehkan anda menukar kemahiran anda untuk menginap secara percuma di asrama di seluruh dunia.
Bukan sahaja membayar, anda sebenarnya boleh bekerjasama dengan asrama tersebut seperti dapat meningkatkan laman web mereka, melukis dinding sebagai kenangan. Ia akan menunjukkan kreativiti anda!
WWOOOF
WWOOOF (World Wide Opportunities on Organic Farms) bermaksud Peluang Dunia di Ladang Organik dan rangkaian organisasi kebangsaan yang menerima sukarelawan di ladang di seluruh dunia.
Walaupun anda perlu ke sana sendiri, sukarelawan disediakan bilik dan makanan percuma. Tiada pengalaman atau kemahiran asas yang diperlukan Cuma cara yang terbaik untuk menggabungkan kerja dan perjalanan(melancong) dengan murah.
WWOOF adalah cara yang paling berpatutan dan sesuai untuk melancong.
Mecari pekerjaan di luar negara?
Seperti yang kita tahu, tiada seorang pun yang mahu bekerja semasa bercuti.Tetapi jika keinginan dalam diri seseorang untuk bersiar-siar lebih tinggi daripada keinginan untuk membina kerjaya, anda memerlukan satu cara untuk membiayai pengembaraan anda yang seterusnya. Dalam masa yang sama, anda akan menambahkan rakan dan dapat merasai budaya tempatan dari negara yang anda telah pergi.
Mari kita bertindak secara kreatif; terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan perjalanan murah. Tetapi yang lebih penting, anda mesti mengenal pasti maksud perjalanan. Anda boleh membeli tiket penerbangan, dan membeli makanan mahal di lokasi eksotik, tetapi wang tidak boleh membeli pengalaman yang sebenar. Wang juga tidak boleh membeli persahabatan baru, penghargaan terhadap budaya yang berbeza dan wawasan bagaimana orang tinggal di bahagian lain di dunia.
Untuk semua lapisan masyarakat, perjalanan saya bukan hanya tentang wang, ia tentang “pengalaman” semasa anda masih muda . Ia menunjukkan keinginan anda untuk belajar, minat anda untuk mengalami budaya baru, untuk bertemu dan berinteraksi dengan bangsa lain melalui pelbagai bahasa. Ia menunjukkan keperluan anda untuk berkembang sebagai seseorang dan kesediaan anda untuk memahami lebih banyak lagi di dunia yang hebat ini.
Discussion about this post