Apakah perbezaan antara kad kredit dan kad debit?
Setiap kali anda melakukan transaksi kad kredit atau buat pengeluaran, kos pembelian atau pengeluaran tunai tersebut ditanggung oleh pihak bank/institusi kewangan. Berbeza dengan kad debit di mana setiap transaksi kad debit menggunakan wang anda sendiri – iaitu dari akaun yang berkaitan dengan kad debit tersebut.
Dalam erti kata lain, anda perlu ada wang di dalam akaun bank kad debit anda untuk buat transaksi kad debit.
Apakah kelebihan kad kredit, dan kenapa saya perlu menggunakan kad kredit?
- Keselamatan
Dengan menggunakan kad kredit anda tidak perlu membawa wang tunai ke mana-mana. Anda boleh buat pembelian dengan jumlah yang tinggi (bergantung kepada had kredit) hanya dengan menggunakan kad kredit anda. Tidak perlu risau wang anda dicuri atau hilang. - Kecemasan
Sekiranya anda benar-benar terdesak nak gunakan duit, tetapi poket kosong – kad kredit sangat-sangat membantu. Dengan menggunakan kad kredit, anda boleh buat pembelian atau sebarang transaksi yang membenarkan penggunaan kad kredit walaupun anda tiada wang tunai. - Pulangan lumayan
Terdapat kad kredit yang menawarkan ciri-ciri seperti rebat tunai (cashback) atau mata ganjaran (reward points), atau kedua-duanya sekali. Ciri rebat tunai memberikan anda pulangan tunai setiap kali anda berbelanja menggunakan kad kredit anda. Ciri mata ganjaran pula memberikan anda mata setiap kali anda berbelanja dengan kad kredit. Mata ganjaran ini boleh anda tebus dengan barangan yang ditawarkan oleh institusi kewangan kad kredit terbabit.
Dengan semua manfaat yang disertakan dengan menggunakan kad kredit, terdapat beberapa kelemahan yang boleh menghalang anda.
- Potensi untuk hutang . Anda membuat hutang setiap kali anda menggunakan kad kredit anda. Anda boleh menyimpan hutang daripada berkembang dengan membayar baki anda setiap bulan, tetapi jika anda hanya membayar minimum dan terus membuat pembelian, hutang anda akan berkembang.
- Mengurangkan pendapatan masa depan anda . Setiap kali anda menggunakan kad kredit atau apa-apa bentuk hutang-anda meminjam dari wang yang tidak anda perolehi. Sebagian pendapatan masa depan anda perlu pergi ke pembayaran balik baki kad kredit anda jika anda ingin melindungi kredit anda.
Walau bagaimanapun, anda mungkin akan dikenakan caj-caj berikut:
1. Caj faedah (interest).
2. Caj pendahuluan (advance fee).
3. Caj pengendalian (handling fee).
Caj-caj ini adalah berbeza dan bergantung kepada jenis pelan ansuran tunai tersebut. Ada pelan pinjaman tunai yang tidak mengenakan sebarang caj faedah, tetapi perlukan caj pendahuluan dan sebagainya.
Seperti pinjaman yang lain, anda perlu membayar semula pinjaman tunai anda. Tempoh bayaran semula juga bergantung kepada jenis pelan. Selalunya tempoh bayaran ansuran adalah antara 6 bulan hingga 36 bulan.
Fungsi ansuran tunai kad kredit ini boleh anda guna sekiranya anda ingin wang tunai dengan jumlah yang tinggi dan anda tidak ingin memeningkan kepala anda dengan pinjaman peribadi (personal loan).
Discussion about this post