Punca utama berlakunya jenayah penyelewengan wang ini adalah pemantauan dan pelaksanaan sistem kawalan dalaman dan prosedur kewangan yang lemah serta ketidakcekapan transaksi kewangan. Pegawai atasan yang sangat mempercayai pegawai-pegawai bawahan dalam pengurusan kewangan menyebabkan pegawai bawahan itu mudah menipu pegawai atasan.
Selain itu, kesukaran dalam mengenalpasti jenayah penyelewengan wang. Ini kerana, kabanyakan jenayah ini dilakukan oleh profesional-profesional yang berpendidikan dan mahir dalam bidang kewangan ini. Mereka juga mengenali selok-belok dalam bidang ini dan pengawai atasan mudah tertipu olehnya
Juga, pada era kemewaan ini masyarakat yang hendak menikmati kemewaan dan kekayaan yang tinggi menyebabkan mereka melakukan jenayah ini atau dengan kata lain mencuri wang awam atau syarikat. Sikap kehendak yang tidak terhad ini telah menutup mata mereka daripada menyedari kesan-kesannya.
KESANYA
Sekiranya dibiar, penyelewengan wang membawa kesan negatif terhadap integriti institusi kewangan dan perniagaan negara dan keupayaan agensi penguat kuasa dalam mengurus dan menyiasat kes penyelewengan kewangan. Akhirnya ia boleh menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di dalam Negara. Kesannya KDNK Negara akan jatuh dan membawa kepada kemelesetan ekonomi
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Sememangnya penguatkuasaan undang-undang mampu membanteras kegiatan ini. Tindakan memecat pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kaki tangan kerajaan menjadi langkah yang bijak. Hukuman sebat atau penjara yang lama turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkaan tanpa mengira status dan kedudukan seseorang pesalah itu. Sesungguhnya, tindakan undang-undang yang tegas mampu memberi keinsafan kepada masyarakat untuk menghindari jenayah kolar putih ini.
Selain itu, penyeliaan yang ketat terhadap jabatan-jabatan yang mudah terjebak dalam penyelewengan atau sering berusan dengan orang ramai harus dilaksanakan. Semua prosedur harus diteliti dan dikaji serta mana-mana kelonggaran atau kelemahan prosedur terus diubah atau ditukar untuk memastikan tiada ruang kepada kaki tangan kerajaan untuk melakukan jenayah kolar puth ini. Jadi, prosedur yang ketat memastikan tiada pekerja yang akan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah ini.
KESIMPULAN
Sistem pengurusan kewangan yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia pada masa kini adalah mampu memenuhi keperluan negaera. Dalam hubungan itu, sistem dan peraturan-peraturan kewangan yang mengandungi prosedur atau tatacara pelaksanaanya hendaklah difahami dan dipatuhi secara menyeleruh oleh semua penjawat awam
Baca selanjutnya: 5 Peraturan Pengurusan Wang
Discussion about this post