EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Risiko Pelaburan Emas

by moneycompass
Mac 5, 2020
in Kompas Pelaburan
pelaburan emas
Share on FacebookShare on WhatsApp

Ramai yang cakap, pelaburan emas adalah salah satu aset dan pelaburan yang paling stabil. Senang kata, ia tak akan rugi walaupun negara berhadapan dengan krisis mata wang.

Tapi, benarkah begitu?

Dalam setiap jenis pelaburan, tak kiralah pelaburan saham, hartanah atau unit trust, tentu saja ada risikonya dan pelaburan emas juga tidak terkecuali. Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam emas.

1. Tak Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek

Berdasarkan statistik, umumnya nilai emas dilihat berpotensi untuk naik dari tahun ke tahun. Tapi, kita perlu faham bahawa emas adalah paling ideal sekiranya dijadikan simpanan dan bukannya pelaburan – kecuali untuk pelaburan jangka masa panjang (sekurang-kurangnya 2 hingga 5 tahun).

Senang kata, kita boleh membeli emas sekiranya kita ada banyak duit lebih (yang memang tak akan dipakai dalam masa terdekat) dan nak duit kita itu ‘selamat’ buat masa yang lama. Ini kerana, nilai emas tetap ada pasang surutnya akibat supply dan demand, apatah lagi buat jangka masa pendek.

Seperkara lagi, walaupun harga emas perhiasan lebih tinggi daripada emas pelaburan (gold bullion coin, jongkong emas, wafer, dan sebagainya), emas perhiasan terdedah kepada susut nilai sekitar 25%. Barang kemas ini juga biasanya dibuat daripada emas 916 (91.6% tulen) berbanding emas pelaburan yang diperbuat daripada fine gold (999.9). Tambahan pula, kos upahnya juga boleh dimanipulasi oleh pekedai emas.

2. Perlukan Tempat Simpanan

Kalau ada emas yang sedikit, bolehlah lagi kita nak simpan di dalam almari bilik atau di mana-mana ‘tempat rahsia’ di rumah. Tapi, kalau ia dah bertambah banyak, mesti kita rasa tak senang duduk. Nak tinggalkan emas di rumah selama 2-3 hari pun, kita dah mula gelisah.

Jadi, jangan lupa beberapa kos tambahan yang turut terlibat dalam pelaburan emas seperti insurans, sewaan peti deposit, atau tempat simpanan yang lain. Ini semua memakan kos juga.

3. Perlu Mencari Penjual & Pembeli Yang Betul

Berbeza dengan mata wang, emas bersifat universal kerana ia boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.

Ada beberapa tempat yang kita boleh membeli emas seperti:

Kedai Emas – kalau dibeli dengan harga runcit, biasanya harganya agak tinggi. Maka seeloknya ketahui harga borong dan buat survey untuk dapatkan harga terbaik. Kalau nak beli dari kedai-kedai kecil boleh juga, tetapi ada risiko emas palsu atau tidak tulen.
Internet – perlu berhati-hati kerana mungkin ada unsur syubhah di situ apabila ada kelewatan di dalam penyerahan emas.
Bank – ada bank yang patuh syariah yang menjual emas fizikal. Emas atas kertas (gold pass book) biasanya tidak patuh syariah.
Di sini saja kita boleh lihat bahawa ia memerlukan ilmu untuk memastikan sumber emas itu benar-benar asli agar tidak dipertikaikan semasa nak menjualnya semula nanti. Di samping itu, penting untuk anda memahami syarat jualan baik atau nilai buyback iaitu susut nilai yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.

Pelbagaikan Pelaburan

Pokok pangkalnya, emas menawarkan salah satu alternatif pelaburan yang menguntungkan. Tapi, kita perlulah ada ilmunya. Tiada kekayaan yang datang begitu saja tanpa usaha, bukan?

Jumlah yang ideal untuk dilaburkan dalam emas adalah 20% daripada duit lebihan (surplus). Bukannya semua labur dekat emas, takut nanti susah bila nak pakai duit – Maklumlah, emas perlu dicairkan terlebih dahulu. Pelbagaikan sumber-sumber pelaburan anda dalam bentuk yang berlainan agar ia boleh disesuaikan dengan keperluan kita pada masa akan datang.

Baca Selanjutnya: Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Anda Mula Melabur

Tags: emaspelaburan
Share29SendShareSendTweetShare
Previous Post

Covid-19: FELCRA Henti Operasi Seketika

Next Post

Ringgit Malaysia Terus Meningkat

Related Posts

7 Cara Mudah Simpan Duit Bagi Bayaran Pendahuluan Rumah
Kompas Pelaburan

7 Cara Mudah Simpan Duit Bagi Bayaran Pendahuluan Rumah

07 Nov 2022
saham
Kompas Pelaburan

Apa Beza Antara Saham Dengan Amanah Saham

17 Ogo 2021
Kini, populariti bitcoin, dan mata wang kripto secara umum, terus meningkat. Ramai telah mengalihkan perhatian mereka kepada mata wang kripto yang paling terkenal di dunia kerana kemampuannya sebagai kaedah pembayaran yang selamat dan pantas, simpanan nilai alternatif, dan perlindungan terhadap inflasi.
Kompas

Peranan Penting Pengawalseliaan dalam Industri Mata Wang Kripto

02 Ogo 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA