AirAsia dinobat sebagai syarikat paling bereputasi tinggi menangani COVID-19, diikuti oleh RapidKL dan Prudential. Syarikat lain yang turut dinamakan oleh pakar pandangan media utama Asia Pasifik, Insentia, dalam senarai 10 teratas adalah Malindo Air, Malaysia Airlines, Astro Radio, MASkargo, Top Glove dan AIA.
AirAsia menunjukkan budaya terhormat yang jujur serta beretika menerusi usahanya menawarkan tebusan akaun kredit serta bayaran balik penerbangan ke China, Hong Kong dan Macau, selepas penerbangannya ke negara terbabit digantung.
Teras strategik AirAsia juga adalah tinggi apabila syarikat itu dipuji di atas usahanya menghantar sukarelawan dalam satu penerbangan khas sebahagian Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) untuk membawa balik rakyat Malaysia yang terkandas di China.
Selain kedua-dua usaha itu, bantuan AirAsia untuk menghantar sarung tangan perubatan kepada pekerja kesihatan di Wuhan turut menyumbang kedudukan teratas syarikat penerbangan itu dalam menangani penularan COVID-19.
Sementara itu, RapidKL menunjukkan budaya terpuji dengan mengambil langkah tambahan, termasuk pemeriksaan kesihatan wajib ke atas kapten bas untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada COVID-19, dalam usaha melindungi kesejahteraan kakitangan dan penumpang.
Inisiatif pemeriksaan suhu, penyediaan topeng muka untuk kakitangan barisan hadapan dan pembersih tangan di beberapa lokasi turut mendapat pujian netizen.
Rapid Rail juga memainkan pengumuman khidmat awam di LRT, MRT dan Monorail mengenai bahaya COVID-19 dan langkah pencegahan untuk meminimumkan risikonya, selain mengeluarkan infografik serta perkembangan terkini di rangkaian media sosialnya.
Ketua Pandangan Asia Isentia, Prashant Saxena, berkata beberapa jenama bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk menangani penularan COVID-19.
Baca Selanjutnya: CIMB Turunkan Kadar Pinjaman, Pembiayaan
Discussion about this post