EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Ogos 15, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Bursa Malaysia Teruskan Peningkatan Pada Tengah Hari

by moneycompass
Mac 11, 2020
in Berita Pasaran Global
bursa malaysia

KUALA LUMPUR, June 29 -- Bursa Malaysia resumed afternoon session on a easier note, reversing its earlier gains on the back of weak buying momentum especially for bluechips. At 3.03 pm, the benchmark FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) stood at 1,770.6, down 0.63 of-a-point from yesterday’s close of 1,771.23. --fotoBERNAMA (2016) COPYRIGHT RESERVED

Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2020: Bursa Malaysia meneruskan peningkatannya pada tengah hari ini, dipacu oleh prestasi saham wajaran tinggi terpilih yang didahului oleh MISC dan Petronas Chemicals.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 22.88 mata atau 1.60 peratus kepada 1,453.35 daripada 1,430.47 sewaktu ditutup pada Selasa.

Sewaktu dibuka, FBM KLCI menokok 0.88 mata kepada 1,431.35 dan bergerak dalam jajaran 1,428.59 hingga 1,454.0 sepanjang sesi dagangan pagi ini.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 565 berbanding 231 manakala 318 kaunter lain tidak berubah, 892 tidak didagangkan dan 17 lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 2.48 bilion saham bernilai RM1.29 bilion.

Kaunter MISC naik 59 sen kepada RM7.61 manakala Petronas Chemicals untung 28 sen kepada RM4.63.

Sementara itu, firma penyelidikan Malacca Securities Sdn Bhd berkata peningkatan bursa itu disebabkan terutamanya oleh aktiviti mendapatkan saham berharga rendah berikutan penyusutan sebelum ini.

“Oleh kerana pasaran dilihat berusaha mencari arah dan memastikan keadaan stabil, kami berpendapat bahawa pelabur akan meneruskan usaha mendapatkan saham-saham yang terjejas akibat penurunan itu.

“Bagaimana pun, pada masa sama, kami kekal berhati-hati terhadap potensi kenaikan harga minyak dalam tempoh lebih lama memandangkan sentimen pasaran yang masih tidak menentu pada masa ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank meningkat empat sen kepada RM8.41, TNB naik 18 sen kepada RM12.68, IHH Healthcare meraih tiga sen kepada RM5.62, CIMB menokok 14 sen kepada RM4.49, Axiata menambah satu sen kepada RM4 dan Public Bank rugi dua sen kepada RM16.88.

Bagi saham aktif, Sapura Energy, Velesto Energy dan Bumi Armada untung satu sen masing-masing kepada 12 sen, 18 sen dan 18.5 sen manakala Hibiscus Petroleum meningkat 3.5 sen kepada 47 sen, Perdana Petroleum naik setengah sen kepada 17.5 sen, Dayang Enterprise meraih 10 sen kepada RM1.42 dan Vortex tidak berubah pada tujuh sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 162.15 mata kepada 10,148.29, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 237.15 mata kepada 10,779.54 dan FBM 70 meningkat 206.59 kepada 12,144.54.

Indeks FBMT 100 pula meraih 160.41 mata kepada 10,009.05 namun FBM Ace susut 23.90 mata kepada 4,757.95. Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 3.31 mata kepada 123.47, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 39.62 mata kepada 14,006.9 dan Indeks Perladangan menambah 138.17 mata kepada 6,447.78.

 

Baca Selanjutnya: Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Baja Organik DDR Tingkat Hasil Pertanian

Next Post

Covid-19 – Jualan Puma, Adidas Terjejas

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
wto
Berita Pasaran Global

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

18 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA