EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Ahad, Mei 28, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Pasaran Saham Asia Jatuh Menjunam

by moneycompass
Mac 17, 2020
in Berita Pasaran Global
pasaran asia
Share on FacebookShare on WhatsApp

TOKYO, 13 Mac 2020: Pasaran Asia dibuka rendah hari ini, meneruskan kemerosotan global yang menyaksikan bursa mengalami hari terburuk dalam beberapa dekad berikutan kebimbangan kemelesetan berikutan pandemik COVID-19 (coronavirus).

Indeks penanda aras Tokyo, Nikkei menyusut lebih tujuh peratus sejurus selepas dibuka, dengan pasaran di rantau ini merosot selepas hari dagangan terburuk di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Indeks Nikkei 225 merosot 7.12 peratus atau 1,322.15 mata kepada 17,237.48 pada awal dagangan, sementara Indeks Topix jatuh 6.31 peratus atau 83.73 mata kepada 1,244.15.

Indeks ASX Australia susut 7.3 peratus dan indeks penanda aras New Zealand, NZX 50 merosot 7.9 peratus. Dagangan berhenti sementara di bursa saham Korea Selatan apabila indeks penanda aras KOSPI jatuh 6.8 peratus.

Kejatuhan itu susulan selepas keadaan dramatik di pasaran global yang lain, dengan Dow jatuh 10 peratus atau sekitar 2,350 mata kepada 21,200.62, sesi terburuknya sejak 1987.

London juga berdepan hari paling teruk sejak 1987 dan Frankfurt pula adalah hari paling gelap sejak 1989, tahun Tembok Berlin jatuh.

Paris berdepan kejatuhan harian paling teruk.

Penganalisis berkata, pengumuman Presiden Donald Trump mengenai pengharaman perjalanan ke AS dari Eropah sangat menimbulkan kembimbangan pelabur, dan langkah bertujuan meningkatkan perniagaan dan pasaran membuktikan tidak mencukupi.

“Kegawatan di dalam pasaran beralih ke satu lagi peringkat dalam tempoh 24 jam dengan larangan perjalanan Presiden Trump di Eropah dan langkah penstabilan menambahkan lagi ketidaktentuan, dan bukannya memberikan jaminan kepastian,” kata Ahli Strategi FX Kanan National Australia Bank, Rodrigo Catril.

“Langkah mengekang baharu untuk memperlahankan penyebaran COVID-19 meningkatkan prospek pertumbuhan ekonomi global yang teruk,” katanya.

Pasaran juga terjejas oleh perang harga minyak antara Arab Saudi dan Russia, ditambah pula dengan ketakutan bahawa sekatan perjalanan akan terus melemahkan permintaan tenaga.

Pada awal dagangan Asia, West Texas Intermediate susut 0.5 peratus kepada AS$31 setong, manakala minyak mentah Brent merosot 0.3 peratus kepada AS$33 setong.

Di pasaran mata wang, dolar mengukuh berbanding yen pada 105.02 yen pada awal perdagangan Asia, berbanding 104.79 yen di New York semalam.

 

Baca Selanjutnya: COVID-19 Beri Kesan Minimum Perniagaan AEON

Tags: asiacoronaviruspasaran saham
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Wang

Next Post

Bursa Malaysia Jatuh Lagi

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
wto
Berita Pasaran Global

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

18 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA