RIYADH: Arab Saudi berkata pada hari Isnin bahawa ia akan menaikkan eksport minyaknya kepada rekod 10.6 juta tong sehari bermula bulan Mei walaupun terdapat bekalan lebihan dunia, melonjakkan perang harga minyak dengan Rusia.
Harga minyak telah merosot pada paras terendah dalam 17 tahun kerana pandemik COVID-19 yang berkemungkinan akan mengakibatkan kemelesetan global yang sangat teruk.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang juga merupakan sekutu putera mahkota Arab Saudi pada hari Isnin berkata, dia tidak lama lagi akan bercakap dengan rakan sejawatnya, Vladimir Putin mengenai penurunan harga minyak dan kesannya kepada pengeluar AS.
Arab Saudi yang sememangya terkenal sebagai pengeksport minyak tertinggi di dunia yang telah mengumumkan kenaikan pengeluaran yang ketara untuk bulan April, berkata ia akan menambah bekalan tambahan ke pasaran global bagi mengurangkan tekanan perang tersebut.
Negara tersebut telah mengeksport sekitar 7 juta tong sehari di bawah perjanjian pengurangan pengeluaran di kalangan pakatan pengeluar 24-ahli yang dikenali sebagai OPEC+ yang termasuk negara Rusia.
Jirannya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga telah berjanji untuk mengepam sekurang-kurangnya satu juta bpd lebih banyak dari bulan depan.
Perjanjian OPEC+ gagal mencapai persetujuan mengenai pemotongan pengeluaran selanjutnya untuk menaikkan harga gara-gara wabak COVID-19 yang menjejaskan ekonomi global dengan teruk.
Dalam usaha untuk menarik pasaran, Arab Saudi dengan segera mengumumkan peningkatan ketara dalam pengeluarannya kepada 12.3 juta bpd dan eksport kepada 10 juta bpd pada awal bulan April nanti.
Kementerian Tenaga Arab Saudi berkata, ia akan menjamin peningkatan daripada dua sumber, dengan menggunakan gas asli di pasaran domestik untuk membebaskan minyak untuk eksport dan juga penggunaan domestik yang jatuh akibat penularan wabak COVID-19.
Putera Mahkota Mohammed bin Salman “telah memulakan dasar menangkap bahagian pasaran daripada cuba menetapkan harga,” kata Bernard Haykel, pakar Saudi di Princeton University.
“Dengan mengekalkan harga yang tinggi, dasar Saudi bukan sahaja akan memacu pengeluaran minyak yang lebih mahal daripada pasaran, malah ia juga akan menjadikannya lebih sukar untuk tenaga boleh diperbaharui untuk bersaing dengan bahan api fosil, sekurang-kurangnya dalam tempoh terdekat.”
Baca Selanjutnya: Harga Minyak Menjunam Lagi
Discussion about this post