PULAU PINANG: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah membekukan permohonan lesen untuk peniaga Bazar Ramadhan berikutan pandemik COVID-19.
Datuk Bandar, Datuk Yew Tung Seang berkata bahawa permohonan lesen untuk Bazar Ramadhan terpaksa ditunda berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kami tidak dapat meneruskan permohonan sehingga Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya,” katanya.
Yew berkata majlis itu akan membuat pengumuman awam sebaik sahaja penggantungan itu ditarik balik. Tambah beliau, mereka yang berminat boleh menyemak laman web MBPP untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Terdahulu, MBPP telah mula menerima permohonan untuk lesen sementara dan individu untuk bazar Ramadan sehingga 10 April, walau bagaimanapun, proses permohonan itu digantung selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Sehingga 4 Mac yang lalu, MBPP telah meluluskan sejumlah 22 permohonan untuk bazar Ramadan yang akan beroperasi.
Baca Selanjutnya: Tahun 2020 Suram Buat Peniaga Bazar Ramadhan
Discussion about this post