KUALA LUMPUR: Bayaran bagi permohonan baharu serta rayuan bagi Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) akan dilakukan pada bulan Mei selepas semakan dan pengesahan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menyatakan bahawa ia melibatkan sejumlah 2.77 juta permohonan baharu dan 274,000 permohonan rayuan.
“Sehingga 12 April 2020, apabila proses semakan dan permohonan BPN dibuka, adalah didapati jumlah yang diluluskan adalah 8.3 juta penerima. 6.6 juta telah menerima bantuan berjumlah RM4.9 bilion.
“Dalam minggu ini antara 13 April hingga 15 April, sebanyak RM750 juta akan disalurkan kepada lebih kurang 1.5 juta penerima.
“Permohonan baharu adalah 2.77 juta manakala jumlah permohonan rayuan adalah 274 ribu.”
Discussion about this post