Anda tidak mempunyai kerja dan kehabisan wang berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Anda perlukan sumber pendapatan yang baharu? Yang penting sekali, adakah anda mempunyai van? Pos Malaysia ingin bercakap dengan anda. Kenapa? Oleh kerana fakta bahawa kebanyakan orang mula membeli belah dalam talian dalam tempoh PKP ini ketika mereka berada di rumah, perkhidmatan pos nasional memerlukan sepasang tangan tambahan! Dan mereka juga bersedia membayar anda untuk masa anda (tentu saja la).
Pos Malaysia kini menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang mempunyai van untuk menjadi ejen sambilan untuk membantu mereka menghantar pakej dalam tempoh PKP. Syaratnya adalah anda memerlukan seperti yang berikut:
- Berumur 18 Tahun Dan Ke Atas, Warganegara Malaysia.
- Memiliki Van Komersial.
- Memiliki Lesen Memandu Penuh GDL
- Memiliki Telefon Pintar Android 5.0 Ke Atas
Sebagai pengganti masa dan usaha anda, Pos Malaysia akan membayar komisen melebihi RM6,000! Pada masa ini, ejen sambilan diperlukan di 33 daerah di seluruh Johor, Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Untuk membuat permohonan, sila daftar sekarang di https://bit.ly/32We8j8 atau hantar permohonan anda ke [email protected].
Baca Seterusnya: Tiada Kerja Ketika PKP? Jomlah Kerja Di Domino’s Pizza
Discussion about this post