Kenali Wahed Invest.
Ramai antara kita sememangnya tidak mengetahui banyak tentang pelaburan digital, terutamanya dari segi pelaburan Islam berlandaskan hukum Syariah. Tahukah anda, bahawa Malaysia mempunyai tiga robo-advisors yang berlesen dan sudah pun beroperasi. Apakah itu robo-advisors?
Perkembangan teknologi hari ini membolehkan nasihat kewangan dan pengurusan pelaburan diuruskan oleh penasihat kewangan dari “sejenis” robo-advisors. Kewujudan robo-advisor merupakan sebahagian tambahan pilihan pelaburan berlesen di Malaysia, dan ia merupakan 100% dalam talian.
Dah nama pun robo-advisors, maka hampir semua urusan tidak melibatkan manusia. Dari nak buka akaun, bagi dokumen, buat verifikasi dokumen, masukkan duit, laporan pelaburan, pembahagian aset sehinggalah nak keluarkan duit semuanya dibuat melalui aplikasi yang disediakan. Setakat hari ni, robo-advisor yang patuh Syariah di Malaysia cuma satu sahaja, iaitu Wahed Invest.
Wahed Invest merupakan satu platform pelaburan halal dalam talian, iaitu penyedia perkhidmatan pengurusan pelaburan patuh Syariah digital pertama dunia dimana objektif mereka adalah untuk menyediakan atau membuat pelaburan yang halal. Wahed Invest ini ditubuhkan pada tahun 2015 oleh pengasas bernama Junaid Wahedna.
Wahedna yang merupakan pakar kewangan Islam dan bekas penganalisis kewangan untuk M Capital Group (MCG), telah mendapat idea untuk syarikat itu setelah bertemu dengan pemandu teksi yang telah berpindah ke Amerika Syarikat dan melaburkan semua wangnya dalam stok Apple Inc setelah seorang pemimpin masjid memberitahu dia bahawa syarikat gergasi itu patuh Syariah, dan melaburkan sejumlah AS$50,000 simpanannya dalam syarikat itu. Dalam tiga bulan pertama, Wahed mempunyai 1,000 pelanggan di platform tersebut.
Setelah setahun mengembangkan produk dan menguji beta, syarikat itu melancarkan pelancarannya pada bulan September 2016. Ia telah dilancarkan secara rasmi di Amerika Syarikat pada tahun 2017 dan di Malaysia pula Wahed Invest dilancarkan pada bulan Oktober 2019.
Pada Bulan Mac 2018, aplikasi mudah alih dilancarkan untuk menguruskan pelaburan halal. Pada bulan Ogos 2018, Wahed Invest membuat pengembangan antarabangsa pertama dengan melancarkan operasinya di UK. Pada tahun yang sama, iaitu pada bulan November, syarikatnya telah melancarkan aplikasi mudah alih Halal Stock Screener untuk membandingkan 50,000 saham patuh syariah. Manakala, pada bulan Mei 2019, Wahed Invest mengumumkan pengembangan global penasihat robo ke 130 negara.
Wahed Invest ini ditujukan pelabur yang lebih kecil yang mencari pelaburan yang beretika. Syarikat ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Lembaga tinjauan etikanya memantau pelaburan syarikat untuk memastikan mereka bersetuju dengan nilai-nilai berlandaskan Islam.
Wahed Invest ini halal dan menepati syariah adalah pelaburan yang dilakukan oleh Wahed adalah 100% kepada sumber halal. Bermakna, wang yang kita laburkan ke Wahed Invest tidak akan dilaburkan kemana-mana source yang tidak halal seperti arak, rokok, judi dan sebagainya.
Kenapa Perlu Labur Dalam Wahed Invest?
Wahed Invest perlu dijadikan sebagai pilihan pelaburan anda kerana Ianya adalah pelaburan yang PATUH SYARIAH. Ia telah mendapat Sijil Halal di mana pelaburan Wahed adalah mengikut prinsip Islam tanpa melibatkan sebarang sektor-sektor haram seperti arak, senjata api, judi, riba dan yang seumpamanya.
Bukan itu sahaja, malah Merupakan syarikat yang berteknologi Kewangan Islam Pertama di dunia (Fintech). Pelaburan teknologi digital ini telah diluluskan oleh 3 Penasihat Syariah yang diiktiraf iaitu Dr Aznan Hasan, Mufti Faraz Adam Hanif dan Shaikh Muhammad Ahmad Sultan.
Wahed Invest juga merupakan pelaburan dalam platform Wahed bermula serendah RM100 tanpa tempoh berkunci. Pilihan portfolio pelaburan semasa Wahed termasuk saham AS dan Malaysia, sukuk dan emas.
Di Manakah Wahed Melabur?
Wahed melabur dalam 4 Aset Utama Pelaburan iaitu:
1. Saham Malaysia (Bursa).
2. Saham Amerika Syarikat (Global).
3. Sukuk (Bond Patuh syariah).
Wahed menyediakan 6 jenis Portfolio yang berbeza-beza mengikut sikap (behaviour) pelabur itu sendiri. Pelabur boleh memilih untuk labur dalam Portfolio seperti:
1. Very Aggressive.
2. Aggressive.
3. Moderate Aggressive.
4. Moderate.
5. Moderate Conservative.
6. Very Conservative.
Setiap pecahan Portfolio ini berbeza peruntukan yang dilaburkan ke dalam Aset pelaburan. Misalnya, jika pelabur memilih Portfolio Aggressive. Peruntukan dalam setiap Aset adalah seperti rajah dibawah. Ianya pula berbeza jika pelabur yang memilih “Moderate” atau “Conservative”. Boleh lihat di laman web rasmi Wahed Invest untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut mengenai setiap Portfolio ini.
Sah Ke Melabur Dalam Wahed Invest?
Untuk lebih meyakini sama ada platform ini sah dan selamat atau tidak, anda boleh semak di laman web Securities Commision Malaysia (SC). Tugas SC adalah mengawal apa sahaja perkara yang berhubung kait dengan sekuriti bagi melindungi pelabur.
Macam Mana Nak Semak?
1. Pergi ke laman web SC.
2. Pergi ke REGULATION dan pilih LICENSING.
3. Scroll kebawah sehingga jumpa ‘Licensed and Registered Persons’ dan klik. Kemudian, klik pada gambar Public Register.
4. Selepas itu, masukkan nama ‘Wahed’ di bahagian Company Name. Klik Search dan ia akan keluar status syarikat Wahed.
Langkah-langak Untuk Daftar Wahed Invest.
Langkah yang lengkap untuk mendaftar akaun Wahed Invest adalah seperti berikut:
1. Muat turun dan buka aplikasi “Wahed Invest” dari Google Play atau Apple App Store.
2. Tekan butang “Get Started” kemudian masukkan alamat email dan kata laluan yang ingin digunakan untuk akaun Wahed Invest anda.
3. Masukkan kod pengesahan yang dihantar ke alamat email anda dan tekan butang “Verify” kemudian pilih samada untuk aktifkan “Notifications” atau tidak. Seterusnya, pilih negara (Malaysia) dan jawab samada anda ada rakyat, penduduk atau pemegang kad hijau USA.
4. Jawab beberapa soalan bagi mengenalpasti risiko pelaburan yang bersesuaian dengan anda dengan menekan butang “Next” dan pilih jawapan yang bersesuaian dengan diri anda.
5. Pilih jenis Portfolio yang anda inginkan samada Very Conservative (pulangan paling rendah, risiko paling rendah), Moderately Conservative, Moderate, Moderately Aggressive, Aggresive atau Very Aggresive (pulangan paling tinggi, risiko paling tinggi).
6. Tekan butang “Create My Account” kemudian masukkan First Name (nama anda), Last Name (nama bapa anda), tarikh dan tahun lahir, alamat tempat tinggal dan nombor telefon bimbit anda sekali.
7. Masukkan kod pengesahan yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda dan tekan butang “Verify” kemudian jawab beberapa lagi soalan.
9. Tekan pautan “Do you have a referral code?”. Selepas itu, masukkan “Referral Bonus Code“, muhbin485 untuk dapatkan bonus USD5 (RM20) kemudian tekan butang “Apply“. Seterusnya, baca dan klik kotak “I accept all terms and agreements” kemudian tekan butang “Open My Account”.
10. Tekan butang “Next” untuk memberikan akses kepada kamera dan mikrofon telefon pintar anda kepada aplikasi Wahed Invest.
11. Seterusnya, tekan butang “>” dan masukkan maklumat yang diminta kemudian tekan butang “>”. Pilih dokumen yang ingin digunakan untuk mengesahkan identiti anda seperti kad pengenalan atau passport, masukkan nombor dokumen dan tekan butang “>” selepas itu.
12. Buat pengesahan identiti menggunakan Passport, Lesen Memandu atau Kad Pengenalan. Kemudian, pilih negara pengeluar seterusnya ambil gambar dokumen tersebut.
13. Rekod video selfie untuk pengesahan diri.
14. Masukkan nilai yang ingin dilaburkan (minimum RM100 untuk menerima referral bonus RM20) dan klik butang “Schedule This Deposit” kemudian lengkapkan pembayaran menggunakan “Instant Pay (FPX” atau “Wire Transfer”; sekiranya menggunakan FPX, pilih jenis bank dan teruskan proses pembayaran seperti yang tertera pada skrin; deposit anda akan disahkan dalam tempoh 1 sehingga 2 hari bekerja.
15. Tunggu sehingga pihak Wahed Invest mengesahkan akaun anda dan mengesahkan deposit anda. (1 hingga 2 hari bekerja). Referral bonus pula akan dikreditkan ke dalam akaun anda dalam tempoh 14-30 hari.
**Bermula pada 24 Feb 2020, bonus telah diturunkan dari USD10 (RM40) kepada USD5 (RM20) .
Discussion about this post