Adakah anda berada dalam golongan B40 dan ingin memiliki rumah pertama anda? Anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa bantuan dari kerajaan untuk membantu anda merealisasikan impian anda.
Bantuan Kerajaan Membantu Pembelian Rumah Pertama.
Berikut adalah 4 bantuan kerajaan buat golongan B40 untuk membeli rumah pertama anda:-
1. Hartanah Bawah RM150,000 : Diskaun 10%.
Ini bertepatan dengan Kempen Pemilikan Rumah 2019 atau “Home Ownership Campaign (HOC) 2019” pada tahun lepas. Diskaun ini hanya untuk perjanjian SPA yang telah ditandatangani dalam tempoh tersebut. Diskaun 10% ini hanya untuk pemaju yang berdaftar dengan REHDA (Semenanjung Malaysia), SHAREDA (Sabah) atau SHEDA (Sarawak).
2. Pengecualian Duti Setem Untuk Pembeli Rumah Kali Pertama.
Berdasarkan belanjawan 2019, terdapat fokus bantuan perumahan kepada golongan B40, iaitu:
- Pengecualian Duti Setem bagi sesiapa yang membeli rumah berharga bawah dari RM300,000.
Kos biasa tanpa pengecualian duti setem:
- 1% untuk RM100,000 yang pertama.
- 2% untuk RM100,001 ke RM500,000 yang seterusnya.
- 3% untuk RM500,001 ke RM1 juta yang seterusnya.
Nota : RM5000 akan digunakan untuk duti setem sekiranya melibatkan pembelian rumah berharga RM300,000.
Pengecualian ini amat membantu golongan B40 untuk membeli rumah pertama mereka dan pengecualian duti setem ini hanya untuk perjanjian SPA yang ditandatangani sebelum 30 Jun 2019 dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
3. Rumah Mikro RM100 Untuk Rakyat Malaysia Yang Bujang.
Rumah mikro RM100 dikhaskan untuk:-
- Warganegara Malaysia.
- Golongan B40 bujang.
- Bergaji rendah kurang daripada RM2000.
- Berumur antara 18 hingga 28 tahun.
Rumah mikro ini direka dengan konsep komunal yang mempunyai tempat tempat solat, dobi, bilik air, pantri dan tempat letak motorsikal untuk penghuni kongsi bersama.
Untuk permohonan rumah mikro ini, anda boleh terus klik di http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah/.
4. RM1 Bilion “Dana Untuk Rumah Mampu Milik” Dari Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank Negara Malaysia telah mengumumkan Dana Untuk Rumah Mampu Milik, sebagai langkah untuk membantu kumpulan B40 di seluruh negara untuk mampu memiliki rumah.
Anda boleh rujuk maklumat mengenai Dana Rumah Mampu Milik BNM disini.
Keistimewaan dana ini ialah:-
- Kadar pembiayaan sehingga 3.5% setahun.
- Mendapat sokongan untuk pembayaran deposit.
- Tempoh bayar balik yang panjang sehingga 40 tahun maksimum.
- Dapat pendidikan kewangan percuma dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu pembeli rumah untuk memahami perkara yang berkaitan dengan kewangan pembelian rumah.
- Tidak perlu membayar yuran proses permohonan kewangan.
- Tidak perlu membayar yuran duti setem.
Kriteria permohonan adalah seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia.
- Gaji bulanan tidak lebih dari RM2,300.
- Tidak mempunyai rekod kewangan yang buruk dalam masa 12 bulan lepas.
- Rumah berharga kurang dari RM150,000.
Banyak bukan bantuan daripada pihak kerajaan untuk memastikan golongan B40 mampu memiliki rumah pertama anda. Manfaatkan bantuan yang diberikan ini dengan sebaiknya. Semoga berjaya!
Baca Seterusnya: Nak Elak Beri Hutang Kat Orang? Ikutilah Cara-Cara Ini
Discussion about this post