Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan portal PBTPay pada 12 Mei yang lalu, di mana portal ini membolehkan semakan dan transaksi cukai taksiran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dijalankan secara dalam talian.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Zuraida Kamaruddin berkata melalui PBTPay yang membolehkan rakyat menyesuaikan diri dengan normal baharu, pembayar cukai taksiran tidak perlu lagi hadir ke kaunter bayaran PBT selain boleh membuat pembayaran di luar waktu pejabat.
Semak dan bayar cukai dengan cepat & mudah melalui PBTPay. Portal ini merupakan pendekatan “tanpa kaunter” bagi menyenangkan penduduk, terutama dengan norma hidup baru dalam PKPB hari ini.
Buat masa ini, 46 PBT telah bersama dalam PBTPay. Insha Allah, semua PBT akan dapat diakses melalui portal ini secara berperingkat dari semasa ke semasa.
Layari http://pbtpay.kpkt.gov.my. Satu lagi usaha KPKT untuk meringankan beban penduduk Malaysia.
Discussion about this post