EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Disember 11, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Simpan Duit Guna Tabung Warna?

by moneycompass
Jun 2, 2020
in Kompas, Kompas Kewangan
Share on FacebookShare on WhatsApp

Siapa pernah dengar simpan duit guna warna tertentu seperti hijau untuk RM5, Merah untuk RM10 atau ungu untuk RM100 yang menggunakan warna wang kertas nilai tersebut sebagai simpanan. Mesti pernah bukan?

Cara ini boleh dikatakan cara paling mudah dan terbaik bagi mereka yang mahu menyimpan duit tetapi sukar untuk konsisten menyimpan wang setiap bulan. Walau anda hanya simpan wang bewarna hijau RM5, tetapi bila anda konsisten simpan sehinggan hujung tahun dan kira semula jumlah simpanan anda tersebut pasti membuatkan anda tersenyum hingga ke telinga.

Kaedah ini juga dipanggil sebagai Tabung Warna

Jadi di sini kami kongsikan cara penyimpanan yang betul “Tabung Warna” ini.

Untuk mula menyimpan tabung warna ini, terdapat beberapa kaedah seperti berikut:

1. Mulakan Dengan Nilai Kecil

Pada awal tahun atau pada hari anda membuat keputusan untuk membuat “Tabung Warna”, anda boleh sahaja mulakan dengan nilai kecil seperit RM1 yang bewarna biru atau RM5 bewarna hijau untuk beberapa bulan kemudian anda boleh naikkan sedikit nilai yang anda mahu simpan kepada RM10 yang bewarna merah dan seterusnya.

Dengan kaedah ini, anda tidak akan rasa terbeban pada peringkat awal terutama bagi golongan yang baru ingin mencuba membuat simpanan sendiri.

2. Tabung Dilabel Mengikut Warna

Mengapa kami kata kaedah ini satu kaedah yang mudah?

Ini kerana anda hanya perlu buat beberapa tabung atau anda boleh sahaja simpan di dalam baling dan lebelkan sahaja seperti Merah untuk nilai RM10, Hijau untuk nilai RM5 dan Biru untuk nilai RM1.

Kemudian anda hanya perlu masukkan sahaja wang dengan warna tersebut kedalam tabung yang anda sudah sediakan.

3. Ketetapan

Cara “Tabung Warna” perlu dilakukan secara konsisten dan anda perlu tetapkan dahulu berapa jumlah yang anda mahukan. Contohnya, jika pilih warna merah (RM10), jadi anda perlu menyimpan duit kertas RM10 setiap kali anda terima duit tersebut.

Anda tidak boleh belanjakan dengan menggunakan duit RM10 tersebut untuk perbelanjaan harian anda.

Menyimpan duit mengikut warna bukan sahaja kelihatan menarik, malah mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima. Apabila hujung tahun, anda boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.

Kesimpulan

Jadi disini kami simpulkan, penyimpanan wang mengikut kaedah “Tabung Warna” ini sangat sesuai bagi mereka yang tiada pendapatan tetap atau sukar mahu membuat simpanan secara tetap.

Ada juga yang gunakan kaedah ini dengan cara lain seperti harian mereka simpan warna biru RM1, mingguan warna hijau RM5, dua minggu sekali pula mereka simpan warna Merah RM10. Anda perlu konsisten untuk lakukan seperti ini.

Jumlah ini bila anda kira pada hujung tahun pasti akan membuat anda tersenyum dan hati anda berasa senang dengan gembira dengan jumlah yang anda kumpulkan.

Baca Seterusnya – Tips Simpanan Wang Untuk Mereka Yang Mahu Mula Menyimpan

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Tips Simpanan Wang Untuk Mereka Yang Mahu Mula Menyimpan

Next Post

Rayuan Permohonan BPN Akan Diumum Pertengahan Jun

Related Posts

Peril Khas
Berita Korporat

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

13 Dis 2022
digodam
Kompas

3 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Akaun Bank Anda Digodam

07 Okt 2021
Kompas

Tips Memulakan Perniagaan Yang Berjaya

20 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA