Semua orang mahu menyimpan wang untuk masa akan datang. Untuk beli sesuatu pada masa akan datang seperti rumah, kereta atau mahu menunaikan ibadah Haji bagi mereka yang beragama islam.
Tambahan lagi bagi mereka yang baru mula bekerja dan lepasan graduan yang mula bekerja atau mereka yang mahu memulakan perniagaan. Anda mesti mahu tahu bagaimana menyimpan bukan?
Jadi disini kami sediakan 14 tips bagaimana anda boleh memulakan simpanan.
1. Selesaikan Semua Hutang Anda
Cuba anda kira berapa anda habis untuk bayar hutang, sama ada dengan rakan atau mana mana organisasi seperti PTPTN.
Selepas anda kira, anda akan dapati, dengan menghapuskan semua hutang, anda akan ada duit lebih untuk simpanan.
Lagi cepat anda, selesaikan hutang, lagi cepat anda dapat lakukan simpanan, tambahan lagi, anda akan rasa tenang apabila hutang anda sudah selesai. Jangan pula tambah hutang pula. Bukan mudah mahu selesaikan hutang ye.
2. Tetapkan Matlamat Simpanan Anda
Berapa simpanan yang anda impikan?
Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?
Berapa banyak pula anda boleh simpan?
Jika mahu beli rumah, tentukan dahulu berapa bayaran muka yang diperlukan. Jika matlamat yang anda mahu simpan itu untuk jangka masa panjang seperti persaraan, perancangan harus lebih tersusun.
Untuk hidup yang lebih selesa selama 20 hingga 30 tahun kedepan selepas anda berhenti kerja anda perlu fikirkan berapa yang anda perlukan untuk kehidupan tersebut.
Kemudian, dapat kan infomasi seperti bagaiman pelaburan dapat membantu anda capat matlamat anda. Belajar dari mereka yang mahir dalam bidang pelaburan. Ini untuk mengelakkan anda dari tertipu dari skim cepat kaya atau Skim Piramid (MLM).
3. Buat satu jangka masa untuk anda menyimpan
Tetapkan tempoh atau masa tertentu supaya anda boleh focus untuk capai matlamat tersebut.
Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.”
Ini akan memberikan anda lebih fokus untuk capai matlamat tersebut bila anda tetapkan satu tempoh. Tetapi anda perlu pastikan, anda dapat capai matlamat tersebut dalam tempoh tersebut.
Sebelum tetapkan tempoh untuk matlamat anda, lakukan kira-kira dahulu, berapa anda boleh simpan dalam sebulan dan dalam setahun berapa jumlah semua simpanan bulan-bulan tersebut. Kira-kira ini bagi mengelakkan anda kecewa jika matlamat anda tidak dapat dicapai dalam tempoh yang anda tetapkan.
4. Fikirkan berapa banyak yang anda perlukan untuk menyimpan
Anda perlu pastikan berapa anda boleh simpan dalam seminggu, sebulan atau setiap kali anda terima gaji bagi mencapai matlamat simpanan anda.
Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.
Sebagai contoh, jika anda mahu meletakkan bayaran muka sebanyak RM20 ribu untuk sebuah rumah dalam masa 36 bulan (tiga tahun), anda akan perlu mencari jalan untuk menyimpan kira-kira RM560 (560 x 36 = RM20,160) setiap bulan.
Tetapi jika gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM1,500. Saya pasti anda tahu menyimpan sebanyak itu BUKAN satu matlamat yang realistik.
Anda kena adaptasi matlamat anda dengan hidup anda. Kira semua perbelanjaan harian anda seperti barang makan, minyak kereta, bayaran tol.
5. Simpan rekod perbelanjaan anda
Seperti yang disebutkan di tips sebelum ini, anda perlu kira perbelanjaan harian anda dan pastikan setiap perbelanjaan anda.
Bila anda kira perbelanjaan anda, mesti anda dapat lihat dua perkara ini, berapa duit yang anda terima dan berapa pula duit yang anda keluarkan dan belanja.
Rekod segala perebelanjaan anda setiap bulan, buat rekod secara terperinci dan teliti dari pembelian yang besar ataupun pembelian yang kecil seperti air milo ais mamak.
Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain.
Tulis dimana-mana setiap kali anda lakukan perbelanjaan tidak kira di dalam talian atau di kedai runcit Pak Ali, anda perlu rekodkan di nota atau di telefon pintar anda. Jadikan satu tabiat untuk merekod segala pembelian anda.
Kemudian, setiap minggu atau sebulan sekali, masukkan semua rekod yang anda sudah tulis kedalam computer seperti Microsoft Excel atau Google Sheet. Dengan menggunakan peranti ini, anda akan dapat kirakan perbelanjaan anda dengan lebih mudah.
Terdapat juga app yang anda boleh muat turun di Play Store dan App Store untuk membantu anda menjejaki perbelanjaan anda.Tak pon, kita boleh rekod dalam buku sahaja supaya setiap duit keluar masuk tersebut kita boleh tahu pergi kemana. Dari situ kita boleh kesan jika kita keluarkan duit secara berlebihan.
6. Nilai semula matlamat simpanan anda
Cuba anda lakukan pengiraan ini, tolak perbelanjaan anda daripada jumlah yang anda terima (Gaji) dan sekali tolak cukai.
Berapa banyak bezanya? Dan adakah ia sepadan dengan matlamat simpanan anda?
Katakan anda telah memutuskan anda 100% pasti anda boleh hidup dengan RM1500 sebulan, dan jumlah gaji anda ialah RM2300 sebulan.
Ini bermakna anda mempunyai RM800 untuk disimpan.
Jika anda tidak boleh memuatkan objektif simpanan anda mengikut bajet anda, lihat kembali kenapa anda menyimpan dan tolak ke tepi perkara yang kurang penting atau anda boleh menyesuaikan jangka masa simpanan anda.
Jika anda rancang dalam 2 tahun anda beli kereta baru, mungkin anda boleh tambah setahun lagi untuk membelinya (3 tahun) dan pada waktu itu pun kereta sudah semakin canggih untuk anda beli.
7. Kurangkan perbelanjaan anda
Dah rekodkan perbelanjaan anda? Cuba anda lihat kembali rekod perbelanjaan anda tu.
Anda mungkin akan rasa sedikit menyesal dengan perbelanjaan yang boleh dikatakan tidak perlu seperti Café Late RM 20, Permainan Boling RM 30, Kasut Model Terbaru RM350 dan mungkin juga pergi jalan jalan di Genting Highland dengan rakan rakan anda makan belanja sehingga RM200.
Anda akan melihat beberapa banyak pembaziran yang anda lakukan. Dan yang anda boleh kurangkan.
Bergantung kepada berapa banyak yang anda perlukan, mungkin anda perlu membuat beberapa keputusan yang sukar.
Apa yang penting? Fikirkan tentang keutamaan anda dan potong mana-mana yang boleh potong.
Kira berapa banyak yang anda boleh berjimat kemudian tengok berapa yang akan anda dapat dalam tempoh setahun.
Anda akan menjadi lebih bermotivasi untuk untuk menyimpan bila anda tahu berapa banyak anda dapat jimat.
Cari side income. Dah tahu gaji kecil, cuba lah cari side income seperti meniaga di atas talian, sabtu ahad kerja part time, seperti jadi penunggan penghantaran makanan atau buat perkhidmatan Grab atau Kereta Sapu.
8. Buat bajet anda sendiri
Bila anda dah rekod, dah tahu objektif anda, anda boleh buat bajet anda.
Sebaik sahaja anda telah berjaya untuk mengimbangi pendapatan anda dengan matlamat simpanan anda dan perbelanjaan, tuliskan bajet supaya anda akan tahu setiap bulan berapa banyak gaji yang akan anda gunakan.
Jangan lupa pasal bajet sebab selalunya bila kita nampak benda kita rasa nak beli.
Dengan bajet, kita boleh cuba elakkan benda ni daripada berlaku. Kita tetapkan terus berapa banyak kita nak belanja. Sebagai contoh: “Saya hanya akan membelanjakan RM30 sebulan pada wayang / coklat / kopi / dan lain-lain.”
Buat sekali budget tahunan, tulis semua tahun tu anda nak beli apa atau segala aktiviti yang mengunakan duit.
9. Berhenti menggunakan kad kredit
Ini sangat penting dalam memulakan perbelanjaan, jangan sesekali gunakan kad kredit. Ini bagi mengelakkan anda berhutang. Bayar segala-galanya menerusi wang tunai atau E-Wallet.
Jangan kita berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata.
Kenapa? Sebab anda tak nampak duit tu berkurangan di depan mata anda.
Jika anda guna wang tunai, anda boleh melihat duit tu berkurang dan berkurang dan sekurang-kurangnya mungkin datang rasa menyesal bila belanja banyak sangat.
Jika anda perlu mempunyai kad kredit tetapi tak nak tergoda, letakkan dalam kertas matlamat anda dalam dompet anda.
Setiap kali anda rasa mahu gunakan kad kredit, anda nampak matlamat anda atas kertas. Kalau semangat anda kuat, anda akan ingat pelan anda dan berhenti gunakan kad untuk benda yang tak perlu.
Atau anda boleh letakkan kata-kata semangat untuk memastikan kad itu anda gunakan betul-betul untuk benda yang penting.
Kad kredit tidak semestinya jahat. Guna kad kredit ni sebenarnya tentang bagaimana kita kawal diri kita.
Jika anda menggunakan kad kedit dengan bertanggungjawab. Bayar hutang kad kredit anda, anda boleh mendapat manfaat daripada penggunaan kad kredit ni.
Tetapi ingat. Syarikat kad kredit membuat duit apabila anda membelanjakan wang.
Syarikat kad kredit akan mempromosikan pelbagai benda kepada anda. Tawaran wang kembali, pengenalan, poin penerbangan dan macam-macam lagi.
10. Letak duit dalam balang
Cuba anda letakkan duit yang anda nak pakai setiap bulan tu dalam balang masing-masing.
Untuk kereta, untuk minyak, untuk makan minum. Letak dalam balangnya sendiri.
Kalau nak pakai duit tu, tarik keluar duit daripada balang tu.
Anda pasti dapat lihat senang duit tersebut berkurang seperti air yang mengalir.
Menyimpan duit warna dalam balang, sebagai contoh warna hijau RM5. Kalau anda dapat sahaja duit RM5 jangan guna terus masuk sahaja dalam tabung tersebut sebagai simpanan anda.
11. Lihat jika anda boleh cari akaun bank dengan Kadar Dividen yang lebih tinggi
Cari bank yang boleh bagi dividen yang lebih tinggi. Cuba buat dalam bentuk carta ke. Itu cara termudah untuk tahu mana bank yang boleh tawarkan dividen yang tinggi.
Cuba lihat pelaburan berisiko rendah tetapi mempunyai dividen yang tinggi. Tabung Haji juga menawarkan peratus yang tinggi. Satu lagi ialah Bank Rakyat.
Cuba anda tengok semua pilihan yang ada.
12. Bayar diri sendiri dahulu
Apa yang penting dalam lakukan simpanan? Diri anda sendiri.
Letakkan diri anda sebagai keutamaan dalam simpanan yang anda lakukan, jadi jangan kata yang anda simpan apa yang tinggal pada akhir bulan. Anda tipu diri sendiri kalau anda cakap begitu. Anda takkan simpan.
Simpan duit sejurus selepas anda dapat gaji ke dalam akaun ataupun tabung anda.
Cara yang mudah dan berkesan untuk memulakan penjimatan adalah dengan mendepositkan 10% setiap kali gaji yang anda dapat dalam akaun simpanan.
Anda boleh membuat pemindahan automatik dari akaun anda ke akaun anda yang lain (yang anda takkan sentuh duit di dalamnya)
13. Jangan mudah kecewa atau berputus asa
Anda mungkin tidak fikir anda boleh menjadi kaya. Dan untuk menjadi jutawan adalah mustahil. Tapi cuba anda bayangkan, sedikit demi sedikit anda menyimpan.
Pada mulanya memang sedikit. Seperti tak cukup. Lama makin lama, perubahan mula berlaku. Anda akan dapat nampak duit yang dsimpan… yang sedikit itu akan mula bertambah.
Sehinggalah pada satu hari anda akan berasa gembira kerana anda menjadikan menabung itu sebahagian daripada hidup anda. Jadikan tabiat menyimpan sebagai hobi anda dan anda akan seronok bila tengok duit makin bertambah dalam simpanan anda.
Seperti kata pepatah melayu, sikit-sikit, lama lama jadi bukit.
Tetapi ingat jangan sampai kedekut sampai takut nak bersedekah, sebab sedekah itu adalah pembuka pintu rezeki kita. Dalam ajaran Islam ada menyebut kalau nak kaya dan banyak duit, perbanyakkan bersedekah.
14. Ambil perlindungan takaful/ kad perubatan
Bila kita sudah ada banyak simpanan, kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya kad perubatan supaya kalau berlaku perkara tidak diingini, kita tidak perlu mengeluarkan dan mengunakan duit simpanan kita tersebut.
Sebagai contoh kalau kita masuk hospital disebabkan patah kaki bermain bola sepak kita, sekurangnya kos pembedahan semua itu lebih kurang RM20,000. Agak- agak senang tak kita nak menyimpan RM20,000 tersebut.
Mesti susahkan, sebab tu saya galakkan yang anda perlu megambil kad perlindung takaful hanya bayar lebih kurang RM80- RM100 sahaja setiap bulan.
Ramai golongan orang muflis disebabkan terpaksa membayar bill rawatan hospita dan mengambil personal loan.
Akhirnya baru mereka menyesal kalau tahu ambil kad perubatan secepat mungkin. Jadi penting tak kad perubatan tersebut?
Baca Seterusnya – Pentingnya Perancangan Kewangan
Discussion about this post