EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Ahad, Ogos 7, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Mahu Mulakan Syarikat Sendirian Berhad?

by moneycompass
Jun 3, 2020
in Kompas, Kompas Modal
Share on FacebookShare on WhatsApp

Pernahkan anda mendengar Syarikat Sendirian Berhad?

Apa bezanya dengan syarikat Berhad?

Apa pula kelebihannya berbanding Perkongsian atau Enterprise?

Mungkin bagi anda yang baru pasang anggan-anggan ingin berniaga, sedang giat mencari maklumat ini kan?

Hari ini mari kami kongsikan beberapa perkara tentang Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

Sebelum anda berhasrat mahu menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Mari kita lihat ciri ciri Syarikat Sdn. Bhd.


– Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 (Sekarang Akta Syarikat 2016).

– Sekurang-kurangnya 2 orang Pengarah Syarikat diperlukan (Namun, sekarang 1 orang Pengarah dibenarkan).

– Dimiliki oleh pemegang saham 2 hingga ke 50 orang sahaja.

– Pengarah syarikat mempunyai liabiliti yang terhad.

– Pemegang saham yang mempunyai 51% atau lebih daripada jumlah saham syarikat berhak untuk mengawal syarikat tersebut.

– Saham syarikat boleh dijual beli tetapi tidak boleh dijual di pasaran yang terbuka.

– Saham syarikat tidak boleh dipasarkan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Sudah tahu ciri ciri syarikat sdn,bhd?

Sekarang, Untuk menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad anda perlu ikut langkah seperti ini:

 

1. Lantik Setiausaha Syarikat.

Anda boleh dapatkan perkhidmatan semua Setiausaha Syarikat yang bertauliah seperti, Ahli Badan Profesional seperti MIA, MAICSA, Bar Council dan Licensed Secretary yang diperoleh daripada SSM.

 

2. Sediakan Maklumat Tertentu.

Selepas anda mendapatkan perkhidmatan Setiausaha Syarikat, anda perlu sediakan beberapa maklumat terlebih dahulu untuk melancarkan perjalanan pendaftaran syarikat sdn bhd anda.

Antara maklumat tersebut adalah:

  • Anda perlu fikir beberapa cadangan untuk nama syarikat anda sekurang-kurangnya 3 cadangan nama.
  • Selain itu, anda juga perlu fikirkan aktiviti perniagaan yang bakal dijalankan (maksimum 3 aktiviti).
  • Anda juga perlu sediakan akaun bank yang akan dibuka bawah nama syarikat anda. (Nama Bank dan Alamat Bank).

3. Sediakan Dokumen Sokongan.

Anda perlu sediakan beberapa dokuman sokongan untuk syarikat sdn bhd anda.

Anda perlukan beberapa Salinan kad pengenalan bakal pengarah, Salinan kad pengenalan bakal pemegang saham atau Salinan pasport dan visa (Bagi Warga Asing).

4. Buat Temujanji Dengan Bakal Setiusaha Syarikat Pilihan Anda.

Sebaiknya anda bersemuka dengan bakal Setiausaha Syarikat untuk memudahkan segala urusan kemudian hari.

Setiausaha Syarikat adalah orang penting dan sebahagian daripada keluarga perniagaan yang anda bakal jalankan.

5. Proses Penubuhan Bermula.


Setiausaha Syarikat akan memperbadankan syarikat anda selepas carian nama selesai. Tempoh masa siap biasanya adalah antara 1 hingga 7 hari bekerja.

Setelah selesai, SSM akan mengeluarkan dokumen-dokumen penting menurut Akta Syarikat 2016 seperti Seksyen 14, Seksyen 15, Seksyen 17 dan Seksyen 58 yang menggantikan dokumen-dokumen seperti Borang 9, Borang 24, Borang 49 dan sebagainya.

6. Perjalanan Perniagaan Anda Bermula.

Apabila semua dokumen diterima daripada Setiusaha Syarikat, anda bolehlah membuka akaun semasa dimana- mana bank.

Jangan lupa untuk bina hubungan baik dengan Setiausaha Syarikat anda dengan berkongsi info-info terkini berkenaan pematuhan dan undang-undang syarikat.

Baca Seterusnya – Memulakan Perniagaan Bagi Yang Mahu Ceburi Bidang Perniagaan

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Memulakan Perniagaan Bagi Yang Mahu Ceburi Bidang Perniagaan

Next Post

Kehilangan Pekerjaan Meningkat 42 peratus Pada Suku Pertama

Related Posts

Berita Terkini

Pusat Setempat menamatkan perkhidmatan apabila sempadan dibuka semula untuk Malaysia

01 Apr 2022
digodam
Kompas

3 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Akaun Bank Anda Digodam

07 Okt 2021
Kompas

Tips Memulakan Perniagaan Yang Berjaya

20 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA