KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal mewujudkan pembiayaan mikro Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan TEKUN Nasional bagi pembiayaan sebanyak RM400 juta.
Daripada jumlah itu, RM50 juta akan dikhususkan untuk usahawan wanita.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam usaha memperkasakan pembabitan Bumiputera dan memastikan kelangsungan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, pembiayaan sebanyak RM200 juta akan ditawarkan melalui Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).
“Selain itu RM300 juta akan disalurkan kepada MARA di mana usahawan Bumiputera termasuklah institut kemahiran yang terjejas bolehlah mendapatkan pembiayaan untuk modal kerja,” katanya.
Baca Selanjutnya: Pelan Prabayar Tanpa Had Hotlink Diperkenalkan
Discussion about this post