EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Januari 27, 2021
uLearnMoneyLanggananAcara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN中文eDagang
Celik Wang

Perniagaan Kecil Berpotensi Di Malaysia

by moneycompass
Jun 12, 2020
in Kompas, Kompas Modal
0
Share on FacebookShare on Twitter

Di Malaysia, pelbagai cara orang lakukan untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Antaranya adalah melakukan perniagaan kecil-kecilan. Hal ini disebabkan, dari kecil satu perniagaan, boleh menjadi satu perniagaan besar dan Berjaya.

Mari kita lihat antara perniagaan yang berpotensi besar dan boleh menjana duit dan popular di kalangan rakyat Malaysia hari ini.

 

  1. Dropship

Secara ringkasnya, dropship adalah salah satu cara untuk anda memulakan perniagaan dengan modal yang rendah. Dropship merupakan satu model dari cabang perniagaan internet yang boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet dengan menjadi agen dropship dan mempromosikan produk tersebut.

Dropship adalah salah satu cara untuk berniaga dan mendapat keuntungan dengan hanya menggunakan modal yang sangat minima.

Bagaimana dropship dijalankan? Anda perlu mengumpulkan semua order yang anda terima, pelanggan membuat pembayaran kepada anda berdasarkan harga jualan, selepas itu anda bayar untuk HQ harga agen, untung bersih itu anda simpan kerana itulah keuntungan anda, seterusnya HQ akan kirim barang kepada pelanggan anda.

Jadi anda tidak perlu menggunakan duit beli produk untuk menjual semula pun.

Kebanyakan produk sekarang mencari agen dropship untuk meningkatkan jualan produk mereka.

Biasanya, mereka akan menyediakan panduan pemasaran produk, informasi produk, dan sebagainya supaya anda tidak akan berlaku sebarang ketinggalan dan boleh menjalankan jualan dengan lebih efektif.

 

  1. Perniagaan Jual Barang Lama

Kita mesti ada banyak barang-barang di rumah kita yang kita tidak pakai lagi bukan? Apa kata anda kumpul barang-barang lama anda dan lihat jika anda boleh jual semula barang barang tersebut.

Jika ada barang lama yang masih boleh dipakai tapi perlukan sedikit pembaik pulih, biasanya, anda boleh membaik pulih barang lama untuk jual semula barang tersebut kepada pelanggan baru. Antara barang lama menarik untuk dijual adalah seperti perabot rumah dan sebagainya.

Ramai yang lebih suka berjimat dan rujuk kepada barang lama dalam keadaan yang masih cantik dan boleh digunakan terutamanya kepada orang bujang atau keluarga yang susah.

Terdapat pelbagai platform yang anda boleh gunakan untuk menjual barang lama anda seperti, Mudah, Carousell atau Facebook Marketplace.

Semuanya boleh digunakan sebagai platform untuk jual dan beli barang secara atas talian dan mempunyai banyak pengguna yang aktif dalam platform tersebut.

Anda boleh menggunakan platform tersebut untuk menjanakan pendapatan yang lumayan malahan semua platform tersebut adalah percuma.

 

  1. Cuci Kereta

Perniagaan ini hanya memerlukan modal yang kecil seperti sponge, kain, baldi dengan sabun kereta.

Pada kebiasaan, pemilik kereta akan pergi ke kedai dan menunggu di kedai sehingga kereta siap di cuci.

Apa kata anda buat kelainan, anda boleh pergi rumah pelanggan untuk servis dan cuci kereta mereka, juga adalah satu cara untuk mengembangkan perniagaan cuci kereta anda.

Sekiranya perniagaan anda telah mendapatkan keuntungan yang tinggi, anda boleh menawarkan lebih banyak servis seperti vacuum, interior cleaning, polish dan sebagainya supaya pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan dengan membeli lebih banyak servis dalam kedai anda.

Kenapa perniagaan cuci kereta ditimbangkan sebagai perniagaan kecil yang boleh dijalankan? Kerana kebanyakan orang sekarang malas pergi cuci kereta sebab terlalu makan masa dan jauh dari rumah.

Jadi kalau anda menawarkan servis ini, mereka mesti akan cuba servis perniagaan anda kerana anda memudahkan urusan mereka.

 

  1. Marketing

Kalau anda mempunyai kemahiran untuk membuat dan menjalankan iklan secara atas talian, anda boleh tolong membuatkan marketing tentang suatu produk untuk pelanggan anda. Selain itu, anda boleh menjadi pemasar dalam perniagaan peribadi dan memberi idea pemasaran untuk membantu syarikat mendapat keuntungan yang lumayan.

Kemungkinan anda biasa dengan Facebook Ads atau Google Ads, jadi anda boleh membantu orang menjual produk secara atas talian.

Kalau mereka tidak percaya akan kelebihan anda, anda boleh membuat sesi percubaan dulu, selepas itu mereka hanya bayar duit untuk anda menjalankan iklan untuk perniagaan mereka dan servis untuk mereka secara percuma.

Sekiranya mereka berpuas hati untuk prestasi anda, mereka akan membuat pembayaran gaji untuk kerja anda.

 

  1. Sewa barang

Jika anda mempunyai banyak equipment seperti kamera, lighting, audio system, tripod dan sebagainya, anda boleh menyewa alat-alat tersebut untuk pelanggan. Kebanyakan equipment ini diperlukan untuk satu atau dua majlis sahaja. Jadi, mereka tidak akan melakukan pembelian sebab terlalu bazir.

Selain daripada menjalankan perniagaan menyewa equipment, anda boleh menyewa kereta, buku komik atau permainan video.

Anda akan mendapat keuntungan yang besar kerana sewaan kepada penyewa akan dijalankan secara berturut-turutan dan mendapatkan pulangan yang tinggi.

Untuk mengelakkan kecurian, anda perlu menyediakan borang persetujuan serta menyenaraikan polisi dalam perjanjian tersebut.

Kadangkala, pelanggan akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti merampas barang anda dan tidak dapat dihubungi lagi kerana telah melarikan diri daripada kegiatan ini.

 

  1. Designer

Perniagaan ini sesuai untuk seseorang yang kreatif supaya dapat menghasilkan hasilan rekabentuk yang berlainan dengan orang lain.

Industri rekabentuk amat luas, dari rekabentuk kad perkahwinan, rekabentuk banner mahupun rekabentuk poster filem.

Secara umumnya, anda boleh mendapat kerja rekabentuk dari pelbagai industri kerana pelbagai industri memerlukan kerja rekabentuk untuk perniagaan mereka.

Kerja rekabentuk mengandungi logo, poster, post media sosial dan sebagainya. Contohnya, anda boleh memulakan kerja rekabentuk ialah rekabentuk kad perkahwinan atau banner majlis secara besar-besaran.

 

  1. Gunting Rambut

Untuk permulaan, anda tidak perlu buka kedai baru atau beli alatan mahal-mahal untuk buat servis gunting rambut.

Anda boleh cuba buat servis gunting rambut di dalam rumah anda dengan memberikan servis gunting rambut sahaja.

Sekiranya anda boleh menyediakan servis yang boleh datang ke rumah pelanggan dan memberi servis gunting rambut, pelanggan akan rujuk kepada servis yang memudahkan dan menjimatkan masa mereka

 

  1. Pembersihan Rumah

Pada zaman yang berteknologi canggih ini, banyak orang terlalu sibuk dengan kerja sendiri.

Dengan ini, anda boleh membuat perniagaan yang menyediakan servis pembersihan rumah kepada golongan yang mempunyai kerja sendiri.

Untuk orang yang mengalami masalah pembersihan rumah mereka, anda bolen menawarkan khidmat pembersihan rumah kepada golongan ini.

Anda juga boleh meminta bayaran dengan mengikut jam, kerja yang dilakukan secara mingguan atau bulanan dengan kadar yang lebih rendah berbanding dengan mengupah orang dengan gaji yang tetap.

Aktiviti harian yang melibatkan dalam servis ini tidak memerlukan kemahiran yang rumit, hanya perlu mengetahui cara pembersihan rumah seperti kemas bilik, menyapu dan cuci lantai, cuci baju dan membuang habuk di dalam rumah.

  1. Pemandu Peribadi

Jika anda berniat untuk memulakan perniagaan sebagai pemandu peribadi, anda boleh mula daripada memandu mereka yang bekerja ke tempat kerja.

Anda boleh mulakan dengan menjadi sebagai pemandu Grab dan membuat persediaan serta latihan untuk memulakan perniagaan tersebut supaya dapat memahami lebih banyak butir-butir tentang perniagaan sebagai pemandu peribadi.

Sesetengah orang tidak selesa dengan Grab, kerana mereka tidak kenal pemandu dan tidak suka menaiki kereta orang lain.

Sekiranya anda cuba untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang naik kereta anda, biasanya mereka akan rasa anda mesra dengan mereka dan mereka akan sembang seperti kawan-kawan.

  1. Doorgift Atau Kejutan

Anda boleh menghasilkan doorgift ataumemberi khidmat kejutan kepada mereka yang mahu menggunakan khidmat anda.

Doorgift ini bukan sahaja untuk majlis perkahwinan sahaja, malahan ia boleh menjadi hadiah untuk majlis hari jadi, majlis reunion atau sebagai hadiah ulang tahun untuk beri kejutan kepada mereka.

Biasanya, doorgift boleh dijadikan dalam bentuk kraf tangan, gula-gula dan sebagainya.

Sekiranya anda tidak ingin memulakan servis doorgift dengan mengeluarkan modal yang besar untuk memulakan perniagaan ini, anda juga boleh mengadakan kelas atau seminar untuk mengajarkan orang tentang penghasilan kraf tangan sendiri supaya dapat ekstra pendapatan melalui seminar-seminar dan sebagainya.

Kesimpulan

Kesimpulannya disini, jika anda dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh sesebuah golongan masyarakat atau keperluan pemasaran, anda boleh cuba fikir membuat sesuatu perniagaan dengan menyelesaikan masalah mereka.

Ini juga merupakan peluang pemasaran sekiranya anda dapat berjaya memenuhi keperluan mereka serta memudahkan urusan mereka.

Akhir kata, jika anda mempunyai sesuatu minat atau kemahiran yang anda rasa boleh membantu masyarakat Malaysia, ambil kesempatan itu dan jadikan modal untuk anda mulakan perniagaan kecil anda sendiri.

 

Baca Seterusnya – Memulakan Perniagaan Bagi Yang Mahu Ceburi Bidang Perniagaan

ShareTweetPin
Previous Post

Luckin Coffee, Skandal Penipuan Terbaharu Pelaburan Saham

Next Post

Jualan Runcit DalamTalian Melonjak Naik

Related Posts

Kompas

Money Compass Bakal Sediakan Platform Pelepasan Stok

26 Jan 2021
Infografik

Perbezaan PKP. PKPB Dan PKPP

15 Jan 2021
Infografik

KANDUNGAN PROKLAMASI DARURAT

13 Jan 2021

Discussion about this post

loader

  • Isi Borang Temu Janji Dalam Talian Sebelum Berurusan Di JPN

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairat Kematian Percuma Yang Perlu Diketahui

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Apa Perbezaan Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Wang

    10 shares
    Share 10 Tweet 0
  • Permohonan Perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Online

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

loader

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

loader

Career