EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, September 23, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Ekonomi Peru Turun Disebabkan COVID-19

by moneycompass
Jun 16, 2020
in Berita Pasaran Global, Berita Terkini
Share on FacebookShare on WhatsApp

LIMA – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Peru merosot lebih daripada 40 peratus disebabkan penularan pandemik COVID-19.

Peru ketika ini berada di kedudukan kelapan jangkitan COVID-19 tertinggi di dunia.

Pengeluaran sektor perlombongan negara itu mencatatkan penurunan mendadak, lebih daripada 42.29 peratus pada April.

Peru adalah pengeluar terbesar dunia bagi tembaga, emas dan perak.

Keseluruhan aktiviti ekonominya jatuh 40.49 peratus, kata institusi statistik nasional.

Kejatuhan pada April itu mencerminkan penurunan prestasi kebanyakan sektor produktif, dengan impak terhadap perdagangan, pengeluaran, pembinaan, perlombongan, hidrokarbon, pengangkutan, hotel dan perkhidmatan perniagaan.

Ekonomi Peru, salah satu yang terkuat di Amerika Latin dalam tempoh sedekad yang lalu, telah menguncup lebih dari 16 peratus pada Mac.

Sebelum Mac 2020, negara itu merekodkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh selama 127 bulan berturut-turut.

Peru adalah negara kedua mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 tertinggi di Amerika Latin selepas Brazil, dengan hampir 230,000 kes dan 7,000 kematian walaupun sudah melaksanakan perintah kawalan sejak 16 Mac lalu.

Presiden Peru, Martin Vizcarra sudah melancarkan beberapa pelan pemulihan ekonomi termasuk pakej bantuan kepada lebih 6.5 juta isi rumah.

Vizcarra kemudiannya dipaksa untuk memanjangkan tempoh kuarantin hingga 30 Jun, menjadikan Peru sebagai antara negara yang melaksanakan tempoh kawalan paling lama di dunia.

 

Sumber Berita Harian

BACA SETERUSNYA – Singapura Jangka Buka Semula Ekonomi

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Tips Kukuhkan Lagi Perniagaan Anda

Next Post

Suntikan RM6 Juta Untuk Bantu 320,000 PKS

Related Posts

Sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023, 130 sukarelawan 
menanam sejumlah 600 pokok
Berita Terkini

Kelestarian Hutan Paya Gambut Negara Menjadi Keutamaan Pada Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023

22 Mei 2023
Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA