EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Ogos 10, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Tips Jimat Berbelanja Ketika Kegawatan Ekonomi

by moneycompass
Jun 22, 2020
in Kompas, Kompas Kewangan
AA012120

AA012120

Share on FacebookShare on WhatsApp

Berikutan isu Covid-19, ia telah memberi kesan kepada ekonomi negara malah, ramai yang semakin bimbang bahawa kegawatan ekonomi mungkin akan memberi kesan ke seluruh dunia.

Hanya masa yang akan menentukan, sekiranya seluruh dunia mengalami kegawatan ekonomi, sebagai rakyat kita perlu bersedia.

Jom kita lihat apa langkah atau tips supaya kita lebih bersedia menghadapi kegawatan ekonomi.

 

Pastikan Anda Mempunyai Simpanan.

Untuk membuat simpanan agak sukar jika pendapatan isi rumah tidak berubah dan mengalami kekurangan.

Walau bagaimanapun, wang simpanan amat penting di waktu terdesak atau kegawatan.

Oleh itu, lakukan simpanan walaupun sedikit demi sedikit yang mana pasti akan menyelamatkan anda atau menyenangkan anda di kala kemelesetan ekonomi berlaku.

Berjimat cermatlah bermula dari sekarang. Wang simpanan itu boleh digunakan untuk membiayai perbelanjaan anda di waktu kegawantan.

 

Pastikan Insurans Anda Dibayar.

Ini merangkumi insurans rumah, kenderaan, nyawa, kecacatan dan insurans perubatan anda.

Insurans perubatan amat penting sekiranya anda berhadapan dengan penyakit berbahaya di waktu Covid sedang melanda kini.

Insurans dapat melindungi anda sekiranya berlaku perkara sedemikian kerana ia dapat menampung pembiayaan rawatan penyakit yang anda alami.

 

Buat Anggaran Perbelanjaan.

Anggaran perbelanjaan ini adalah cara yang terbaik untuk membantu anda mengklasifikasikan kehendak dan keperluan.

Ketepikan jumlah wang tertentu setiap bulan untuk tujuan kecemasan.

Ia bukan sahaja boleh menambahkan kewangan anda, tetapi juga dapat membantu anda berbelanja dengan bijak sama ada keinginan atau keperluan yang perlu diutamakan.

 

Berhati-Hati Dengan Perbelanjaan Makanan Seharian.

Antara perkara gembira yang anda boleh lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan terutamanya bagi kaum wanita tentulah memasak.

Tetapi, haruslah diingat, perbelanjaan untuk makanan mestilah dikawal sebaik mungkin.

Dinasihatkan supaya anda tidak membazir dalam pembelian makanan dan bahan-bahan masakan.

Perlu berjimat cermat.

Masak dalam kuantiti yang bersesuaian dengan isi rumah.

Tidak perlu membazir bagi mengelakkan berlakunya lebihan makanan.

Anda juga dinasihatkan tidak perlu membuat pesanan makanan melalui Grab Food atau Food Panda secara berlebihan.

 

Dapatkan Nasihat Daripada Perunding Kewangan.

Berjumpa dengan perunding kewangan anda sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi.

Anda perlu rujuk kepada pakar kewangan kerana mereka dapat membantu anda dalam menguruskan kewangan anda.

Pengurusan kewangan anda perlulah lebih terancang supaya tidak berlaku pembaziran dan sebagainya.

Dengan bantuan perunding kewangan, anda dapat menguruskan simpanan anda dengan lebih bijak, sama ada dari segi pembayaran hutang, perbelanjaan keperluan dan lain-lain.

 

Kesimpulan

Kita kena sentiasa bersedia dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang supaya kita tidak terasa sangat kewangan kita.

Sentiasa jaga kewangan kita dengan berjimat cermat dan jangan terlalu boros.

Takut menyesal di kemudian hari.

Rancang segala perbelanjaan dan dapatkan nasihat dari pakar kewangan dalam kawal kewangan kita.

 

BACA SETERUSNYA – Dilema Antara Kereta Atau Rumah?

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Ekspo Hartanah Secara Atas Talian Bagi Harga Terbaik

Next Post

Pawagam dan Acara Secara Langsung Dibenar 1 Julai

Related Posts

digodam
Kompas

3 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Akaun Bank Anda Digodam

07 Okt 2021
Kompas

Tips Memulakan Perniagaan Yang Berjaya

20 Okt 2021
Kompas

Usahawan Berdepan Situasi Mencabar – Azizan Osman

20 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA