EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, September 23, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Peluang PKS Tembusi Pasaran China

by moneycompass
Jun 23, 2020
in Berita Pasaran Tempatan, Berita Terkini
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berpotensi mengembangkan perniagaan di pasaran China dengan lebih mudah dan berkesan.

Susulan langkah Persatuan Muafakat One Belt One Road Malaysia (PMOBOR) menjalinkan kerjasama dengan China Construction Bank Malaysia Bhd (CCBM) dalam menawarkan akses pasaran dan kewangan di pasaran pengguna terbesar dunia.

Presiden PMOBOR, Datuk Iskandar Sarudin, berkata menerusi kerjasama itu syarikat tempatan terutama PKS memiliki keperluan perniagaan yang komprehensif merangkumi maklumat pasaran serta kemudahan kewangan dari CCBM.

“Bermula hari ini, ahli PMOBOR dan bukan ahli objektif memiliki ruang untuk meneroka pasaran China dengan lebih berkesan kerana persatuan dan CCBM akan menawarkan pelbagai akses bagi meningkatkan keberkesanan pembabitan usaha di pasaran berkenaan.

“PMOBOR akan berperanan sebagai pemudah cara, manakala CCBM pula akan menyediakan akses kewangan dan maklumat yang telus dan sahih mengenai pasaran China.

“Ekosistem lengkap ini akan memudahkan syarikat tempatan terutama PKS meninjau peluang pasaran dalam pelbagai sektor ekonomi seperti makanan dan minuman (F&B) dan perkhidmatan,” katanya ketika ditemui BH.

Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) secara maya antara PMOBOR dan CCBM.

Pada majlis itu PMOBOR diwakili Iskandar, manakala CCBM diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Felix Feng Qi.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden PMOBOR, Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi; Timbalan Ketua Setiausaha PMOBOR, Datuk Seri Dr Md Zabid Abdul Rashid; dan Ahli Majlis PMOBOR, Datuk Sofian Mohd Salleh.

Iskandar berkata, PMOBOR sebagai pemudah cara turut membuka keahlian kepada syarikat bagi membentuk kesepakatan dalam meneroka pasaran China serta negara yang menyatakan ikrar menyokong inisiatif One Belt One Road.

Katanya, selain fokus kepada penyertaan fizikal di pasaran baharu, PMOBOR juga membuka ruang kepada ahli dan bukan ahli meneroka perniagaan maya di pasaran ekonomi kedua terbesar dunia.

“Kita galakkan semua syarikat mengembangkan perniagaan menerusi dalam talian kerana platform ini dilihat penampan kepada krisis kesihatan yang dicetuskan COVID-19.

“PMOBOR juga akan membantu syarikat tempatan menyertai pameran perdagangan antarabangsa seperti Pameran Digital Canton bagi mengembangkan produk ke pasaran lebih meluas.

“Kita akan kenal pasti syarikat syarikat yang layak bukan sahaja untuk mendapatkan bantuan pembiayaan CCBM, malah produk yang berkemampuan untuk dipasarkan ke peringkat global,” katanya.

PMOBOR ketika ini memiliki kira-kira 100 ahli dan pengambilan ahli baru bergantung kepada saringan pelbagai peringkat sebelum diterima sebagai ahli.

Iskandar berkata, bagi memastikan maklumat mengenai peranan PMOBOR dan CCBM membantu syarikat tempatan terutama PKS mengembangkan perniagaan, satu rangka strategi akan diwujudkan bagi memastikan keberkesanan kerjasama dua entiti itu.

“Kita akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa bagi membentuk strategi tertentu bagi menyalurkan maklumat kepada ahli dan bukan ahli PMOBOR,” katanya.

 

Sumber Berita Harian

BACA SETERUSNYA – PKS Perlu Lakukan Perubahan Baru

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Penyambungan Penerbangan Bantu Hidupkan Semula Industri Lain

Next Post

Mari Ketahui Makna Ekonomi GIG

Related Posts

Sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023, 130 sukarelawan 
menanam sejumlah 600 pokok
Berita Terkini

Kelestarian Hutan Paya Gambut Negara Menjadi Keutamaan Pada Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023

22 Mei 2023
Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA