KUALA LUMPUR – Satu dokumen polisi mengenai mengenai Electronic Know-Your-Customer (e-KYC), satu dokumen polisi dimana pelanggan dapat membuka akaun pada bila-bila masa di mana sahaja diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Dokumen polisi ini bertujuan untuk mempercepatkan dan memperkemaskan amalan peserta industri dalam penggunaan teknologi e-KYC termasuk proses dalam talian bagi mengenal pasti dan mengesahkan individu yang menjadi pelanggan.
“Pemakaian teknologi e-KYC oleh industri adalah sejajar dengan usaha bank untuk memudahkan tawaran digital yang lebih luas membabitkan perkhidmatan kewangan.
“Ini dijangka akan membuka jalan kepada inovasi yang lebih besar dalam sektor kewangan, termasuk tawaran secara menyeluruh dalam perkhidmatan kewangan digital untuk pelanggan,” kata BNM dalam satu kenyataan.
Dengan pelaksanaan e-KYC, majoriti pelanggan tidak lagi perlu melawat premis fizikal perkhidmatan kewangan untuk membuka akaun.
“Selain daripada peningkatan kemudahan pelanggan, keupayaan pendigitalan “on-boarding” pelanggan yang dijanakan oleh e-KYC ini juga mengurangkan kos pengguna dan penyedia,” katanya.
Ia juga akan membantu meningkatkan persaingan dalam sektor kewangan untuk jangka masa panjang.
“Dokumen polisi ini bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi e-KYC yang selamat dan terjamin dalam sektor kewangan dengan menjelaskan hasil yang wajar dalam penggunaan e-KYC serta menetapkan amalan terbaik serta parameter bagi memastikan keselamatan dan kewibawaan proses “on-boarding” untuk pelanggan.”
Ia merupakan sebahagian daripada satu siri langkah yang diterima pakai oleh bank dalam memastikan keperluan pengawalseliaan ke arah menyokong agenda negara mengenai ekonomi digital,” tambahnya.
– BERNAMA
BACA SETERUSNYA – Sektor Kewangan Perlu Berperanan Sebagai Pemangkin
Discussion about this post