KUALA LUMPUR – Skim Ratu Rumah (SRR) diperkenal dari dobiQueen yang menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang terjejas terutama ibu tunggal ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengasas dobiQueen, Nini Tan berkata inisiatif SRR ini adalah sejajar dengan matlamat Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu golongan kurang bernasib naik, kehilangan pekerjaan dan memberi tumpuan kepada produk serta perkhidmatan tempatan.
“Mereka yang menetap di sekitar kawasan berdekatan cawangan dobiQueen digalakkan memohon. Mereka boleh bekerja tanpa pergi jauh, sekali gus menjimatkan kos pengangkutan serta mencegah terdedahnya kepada risiko COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Tan, calon yang terpilih akan mewakili semua cawangan dobiQueen di Lembah Klang, dan dobiQueen kelolaan mereka perlu sentiasa bersih dan kemas seiring dengan piawaian yang ditetapkan jenama itu.
“dobiQueen turut menawarkan sumbangan wang tunai RM50 sebulan menerusi SRR bagi meringankan beban calon ibu tunggal terpilih yang memiliki anak berumur tujuh tahun ke bawah,” katanya.
Individu yang berminat dengan inisiatif SRR boleh melayari www.dobiqueen.my, e-mel butiran ke [email protected] atau menghubungi talian 012-9339980 untuk keterangan lanjut.
– BERNAMA
BACA SETERUSNYA – Peluang Pekerjaan Dalam Bidang Automotif
Discussion about this post