KUALA LUMPUR – Varian Myvi 1.3L G Edisi-S yang dilancarkan Julai adalah untuk pasaran Brunei, Kata Pengeluar Kereta Nasional Perodua.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata versi itu turut dilengkapi kit badan yang ditambah baik dan diperolehi sendiri.
Beliau berkata demikian bagi menjawab kekeliruan peminat setia Perodua mengenai pelancaran Myvi Edisi-S.
“Kami terlibat dengan GHK Motors bagi perincian lanjut mengenai varian ini bagi memastikan varian tambahan berkenaan dapat memenuhi standard yang diperlukan.
“GHK Motors memberitahu kami bahawa Myvi Edisi-S adalah usaha mereka untuk memperkenalkan varian lebih sesuai bagi keperluan pasaran mereka. Kami berharap kenyataan ini dapat memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan,” katanya.
– BERNAMA
BACA SETERUSNYA – Pawagam Pandu Lalu Sebagai Alternatif Untuk Peminat Filem
Discussion about this post