EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, Mac 28, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Perkara Yang Menyebabkan Perniagaan Atas Talian Gagal

by moneycompass
Oktober 20, 2021
in Kompas, Kompas Modal
Share on FacebookShare on WhatsApp

Zaman teknologi sekarang, ramai yang mahu mula berniaga, dan semua menjadi mudah apabila mereka boleh mula berniaga secara atas talian sahaja.

Tetapi, tidak semua berjaya memajukan perniagaan mereka yang mereka jalankan di atas talian. Mahu tahu mengapa? Jom kita lihat kesilapan berniaga secara atas talian sehingga perniagaan jatuh atau gagal.

 

  1. Laman Sosial Rojak

Laman Sosial rojak? Apa maksud Laman Sosial rojak? Bukan makanan ye.

Ini adalah kesilapan yang biasa dilakukan peniaga baru yang mahu mula berniaga secara atas talian, dan mereka biasa mulakan melalui laman sosial mereka dahulu.

Tetapi yang menjadi kesilapan mereka adalah, mereka mencampur aduk urusan perniagaan mereka dengan urusan peribadi dalam satu laman sosial milik mereka.

Tidak kira mana-mana laman sosial sama ada Instagram, Facebook mahupun Twitter. Jangan kita campur aduk semua perkara.

Hal ini kerana, mungkin pelanggan potensi anda akan fikir anda tidak serius dalam berniaga dan dan mereka akan keliru atau tidak tahu mahu berinteraksi dengan anda bagaimana.

 

  1. Tak Tahu Copywriting

Banyak peniaga menggunakan alasan tidak tahu menulis untuk mempromosi barang yang mereka mahu jual.

Bagi mereka cukup sekadar letak gambar sahaja bagi menjual.

Bukan tidak boleh, tetapi sesetangah orang akan fikir anda seperti terdesak mahu jual produk barangan anda.

Jadi belajar cara Copywriting, lihat bagaimana peniaga lain menulis untuk promosi produk yang mereka jual.

Ada pembaca baca cerita. Anda boleh gunakan teknik bercerita untuk menarik pelanggan untuk terus masuk ke platform bisnes atas talian anda.

 

  1. Tak Ada Fokus Pelanggan

Kenal pasti pelanggan anda.

Bila anda kenal pelanggan anda, mudah untuk anda berniaga.

Apa maksud kenal pelanggan?

Maksud disini, produk yang anda jual sesuai untuk golongan mana, jantina mana atau dalam lingkungan umur berapa yang sesuai.

Baru anda boleh menjual dengan mudah.

Kebanyakan mereka yang gagal berniaga secara atas talian, mereka tidak kenal pelanggan mereka dan hanya mengharap bulan jatuh ke riba atau dengan kata lain menunggun keajaiban yang berlaku untuk perniagaan mereka maju.

 

  1. Jual Macam-Macam

Perniagaan atas talian akan lebih mudah jika anda focus pada satu jenis barang sahaja, seperti gajet atau pakaian sahaja.

Jangan campur adukkan barangan jualan anda dalam satu laman sosial seperti kedai runcit.

 

  1. Tidak Berinteraksi

Jika anda tak berinteraksi dengan pengikut di laman sosial anda, mungkin akan membuat mereka tertunggu produk terbaru dari anda atau apabila mereka bertanya anda tidak menjawab pertanyaan mereka.

Pelanggan anda akan berfikir anda hanya melakukan kerja sambil lewa sahaja.

Apabila tiada produk terbaru untuk anda pamerkan di laman sosial, lakukan satu aktiviti supaya pelanggan anda dan diri anda akan jadi lebih akrab.

 

  1. Tak Beretika

Bisnes atas talian yang tak beretika ialah bila anda curi testimoni orang lain dan jadikan testimoni anda, atau guna copywriting orang lain dan tukarkannya jadi copywriting anda.

Ada juga yang kutuk-kutuk produk orang lain, kutuk-kutuk pelanggan dan tulis status yang merendahkan produk orang lain.

Anda hanya menunjukkan identiti sebenar diri anda sahaja. Dan menunjukkan bahawa anda kurang ilmu dalam nak berbisnes atas talian.

 

  1. Tidak ada jadual dan tak fokus

Berniaga atas talian dan dari rumah sebenarnya ada cabaran tersendiri.

Anda akan mudah tergoda dengan banyak perkara seperti gajet, TV atau Media Sosial yang hanya akan membuatkan anda membuang masa.

Ada yang sering tersasar, terutama suri rumah yang terpaksa bergelut dengan anak-anak dan urusan rumah tangga sehingga menyebabkan semua perkara menjadi tergendala.

Ramai antara mereka yang berniaga dari rumah gagal kerana mereka tak ada jadual dan tak fokus.

 

Kesimpulan

Sebenarnya, ramai orang boleh miliki bisnes yang sangat berjaya bila mereka berniaga secara atas talian di rumah.

Di barat, banyak bisnes praktikkan cara ini. Yang penting anda tahu sasaran bisnes anda dan boleh fokus dan buang segala godaan.

Jika anda tidak tahu, cari ilmu dan pelajari semua sekali untuk anda praktikkan untuk berjaya dalam perniagaan yang anda minat.

 

BACA SETERUSNYA – Perniagaan Kecil Berpotensi Di Malaysia

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

E-Wallet Milik Kerajaan Negeri Sarawak Popular

Next Post

Lancar Platform E-Dagang Bagi Jual Produk Halal

Related Posts

Berita Terkini

Pusat Setempat menamatkan perkhidmatan apabila sempadan dibuka semula untuk Malaysia

01 Apr 2022
digodam
Kompas

3 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Akaun Bank Anda Digodam

07 Okt 2021
Kompas

Tips Memulakan Perniagaan Yang Berjaya

20 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA