Masih ramai yang keliru dengan cara menyimpan wang yang mudah.
Jangan risau, sini kami sediakan beberapa cara untuk anda dan anda hanya perlu pilih sahaja mana yang terbaik untuk anda bagi menyimpan duit yang terbaik.
Jom kita lihat bagaimana kita boleh simpan duit dengan cara yang berkesan.
1 – Asingkan Gaji Sebelum Berbelanja
Apa yang dimaksudkan dengan asingkan gaji?
Jangan keliru, maksud disini anda perlu asingkan awal-awal gaji anda untuk simpanan sebelum anda mula berbelanja.
Asingkan untuk simpan? Berapa banyak? Separuh gaji ke? Eh, bukan, jom kita lihat bagaimana
10% – Simpanan
10% – Takaful
10% – Emergency fund
70% – Belanja
Simpanan yang anda mahu simpan biar 10% atau lebih, jangan sesekali kurangkan. Manakala, jika anda ingin berbelanja pastikan biar maksimum sebanyak 70%.
Kalau boleh kurangkan menjadi 50%-60% sebenarnya lebih baik.
2 – Simpan duit di tempat yang susah untuk anda keluarkan
Sebenarnya taktik ini sangat berguna lebih-lebih lagi untuk anda yang jenis boros. Paling baik simpan duit di tempat yang tak boleh guna kad untuk keluarkan duit. Contohnya, Tabung Haji, ASB, dan Emas.
Oh ya, bercakap tentang emas pula, adakah anda tahu bahawa orang dulu-dulu tak simpan duit kertas. Namun, mereka simpan kekayaan mereka dalam bentuk harta sebenar macam tanah kebun, emas ataupun rumah-rumah sewa.
Sebab menurut orang tua-tua, bila dapat duit, tukar duit ke dalam bentuk harta sebenar seperti emas, tanah dan sebagainya. Sebab semua itu akan membuatkan anda kaya dan juga boleh menjana hasil daripada harta-harta yang ada.
“Kalau berkerja, letak matlamat nak kumpul harta. Bukan sekadar cari makan”.
3 – Cari Duit Tambahan
Zaman millennial sekarang sangat mudah untuk buat duit. Baik yang buat online atau offline. Janji ada ilmu dalam dunia perniagaan supaya tak ketinggalan dek zaman.
Mana tidaknya, abang jual burger tepi jalan pun mampu untuk menjana income ribuan ringgit, apatah lagi jika anda menjual barang kosmetik, perfume dan lain-lain.
Oleh itu, dari duit bisnes yang anda dapat bolehlah tambahkan simpanan. Apabila bisnes sedang mencanak naik, itu tandanya adalah waktu terbaik untuk simpan lebih banyak duit.
4 – Buang Semua Kad Kredit.
Antara cara lain adalah hentikan serta merta segala penggunaan kad kredit. Lebih-lebih lagi untuk orang yang mempunyai nafsu yang tinggi untuk berbelanja kehendak.
Untuk pengetahuan anda, penggunaan kad kredit sebenarnya sedang menggunakan duit masa depan anda. Bahaya. Jadi, berbelanjalah mengikut keperluan bukan kehendak.
5 – Banyakkan bersedekah.
Bak kata orang putih, “The more you give, the more you get.”
Seperti biasa, rezeki datang dari Tuhan. Dia juga sudah berjanji bahawa jika satu kali anda bersedekah, 10 kali ganda Allah akan ganti. Jika tengah susah, tengah sakit, tengah sedih, buntu dan sebagainya, jalan yang terbaik adalah bersedekah.
Waktu yang terbaik untuk berbuat sedemikian adalah ketika waktu pagi. Boleh mula dengan bersedekah sekurang-kurangnya RM50 sehari.
6 – Banyakkan berzakat
Banyak kepentingan zakat yang mungkin anda masih belum tahu. Antaranya ialah ia mensucikan harta anda. Ini kerana harta adalah ibarat seperti air, selagi mengalir selagi itulah ia bersih. Dengan berzakat, Allah akan membersihkan harta anda dari perkara haram dan shubhah.
Jika anda tidak keluar untuk berzakat, semakin bertambah hak orang lain dalam harta anda. Sebab dengan harta yang diperolehi inilah yang akan anda gunakan bagi menampung keluarga yang susah.
Jadi jika harta yang diperolehi tidak bersih, adakah apa yang anda dapat diberkati Allah?
7 – Dapat keuntungan, laburkan duit tersebut
Contohnya melabur di pasaran saham. Jika anda masih tidak tahu, ini merupakan 6 tempat yang boleh anda laburkan duit anda iaitu:
1 = Tabung Haji
2 = Amanah Saham Bumiputera Financing (ASBF)
3 = Emas
4 = Akaun simpanan tetap (fixed deposit)
5 = Unit Trust
6 = Saham
Kesimpulan
Hah, bagaimana? Sudah jelas? Sudah tahu mana anda harus pilih? Dengan cara diatas, ada beberapa yang akan menambahkan duit anda, ada yang akan selamatkan anda pada masa depan.
Jadi pilih la cara yang sesuai untuk anda simpan duit dan selamatkan kewangan anda.
Sebenarnya ada pelbagai lagi cara, tetapi ini yang kami rasa paling mudah dan senang untuk menyimpan dan menambah kewangan anda.
BACA SETERUSNYA – Simpan Duit Guna Tabung Warna?
Discussion about this post