EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 20, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Tips Bagi Menambah Keuntungan Perniagaan

by moneycompass
Oktober 15, 2020
in Kompas, Kompas Modal
Share on FacebookShare on WhatsApp

Anda seorang peniaga? Ingin menambah keuntungan untuk perniagaan anda?

Biasa ramai peniaga yang bingung mencari cara bagaimana mahu menambah keuntungan perniagaan mereka bagi meneruskan dan memajukan perniagaan yang mereka jalankan dan membayar pekerja-pekerja mereka jika ada yang mengupah pekerja.

Jom kita lihat bagaimana anda boleh tingkatkan keuntungan perniagaan anda dari yang sekarang. Ada pelbagai cara, jom kita lihat supaya anda dapat memilih mana yang terbaik untuk anda.

 

1 Mempelbagaikan Pilihan Produk Anda

Ada beberapa cara untuk meningkatkan pelbagai produk yang ditawarkan di laman web anda. Anda boleh menganalisa semula produk-produk yang laris sepanjang musim percutian dan memperkenalkan produk yang hampir sama dengan produk tersebut ke pasaran. Selain dari itu, anda juga boleh meningkatkan kepelbagaian produk di kedai online anda dengan memperkenalkan produk-produk yang unik. Ini akan mempamerkan kelainan kedai anda berbanding pesaing-pesaing anda yang lain. Untuk melakukan tugasan ini, anda seharusnya menjalankan kaji selidik terhadap pelanggan-pelanggan anda untuk mengetahui produk apakah yang mereka inginkan.

 

2 Mengembangkan Perniagaan Anda Ke Pasaran Asing

Mengembangkan perniagaan ke pasaran asing boleh membantu untuk menjana keuntungan tambahan hanya dengan pelaburan yang kecil. Sekiranya sebelum ini anda hanya mengambil tempahan hanya dari seluruh Malaysia, mulakan langkah anda untuk menjual produk anda di peringkat antarabangsa. Anda boleh mensasarkan negara-negara yang tertentu dengan mencipta produk-produk jualan yang bersesuaian dengan citarasa masyarakat setempat.

Sebagai pelaburan, anda boleh mengklasifikasikan laman web anda mengikut pasaran tempatan dengan cara menggunakan bahasa dan nilai matawang tempatan sebagai medium perhubungan melalui kedai online anda.

 

3 Meningkatkan Pengalaman Pelanggan

Sukar bagi kita untuk mengukur dan menilai pengalaman pelanggan kita. Tetapi kita perlu sentiasa memantau pengalaman pelanggan ini kerana ianya akan membuahkan hasil perniagaan yang menguntungkan. Untuk menilai pengalaman pelanggan anda ini, jalankan satu kaji selidik untuk memeriksa kepuasan pelanggan apabila melayari kedai online anda. Anda juga boleh menggunakan perunding untuk menjalankan kaji selidik ini.

Hasil daripada kaji selidik ini boleh digunakan untuk anda meningkatkan lagi pengalaman pelanggan anda selain meningkatkan juga keuntungan anda. Apabila pelanggan melawati laman web anda berasa selesa dan berpuas hati terhadap servis dan produk yang anda tawarkan kepada mereka.

 

4 Melancarkan Saluran Jualan Baru

Salah satu faktor perniagaan secara online dapat berkembang dengan pesat adalah kerana pengenalan pelbagai cara untuk menjual produk. Sekiranya laman web anda tidak memperkenalkan kaedah-kaedah lain bagi tujuan jual beli, ini mungkin akan merugikan anda. Salah satu kaedah penjualan terbaru yang diperkenalkan melalui ecommerce ini adalah perniagaan menerusi peranti mudah alih, atau dikenali sebagai mobile commerce. Mobile commerce ini mampu untuk menjana keuntungan yang lebih dengan pelaburan yang sedikit.

Jualan perniagaan kepada perniagaan atau Busines-to-Business (b2b) juga adalah salah satu saluran perniagaan yang anda boleh di lancarkan. Perniagaan ini memerlukan anda untuk menawarkan ciri-ciri baru di dalam perniagaan anda seperti:

  1. a) Bahagian produk yang dicari dan muat naik
  2. b) Kuota /saham
  3. c) Mengintegrasi sistem perolehan

Akhir sekali, pertimbangkan untuk menjual barangan anda di platform atas talian. Langkah ini adalah mudah dan ianya mampu untuk menjana keuntungan yang besar.

 

5 Berkolaborasi Dengan Laman Yang Lain

Laman web anda akan menjana keuntungan tambahan sekiranya anda berkolaborasi dengan peniaga online yang lain dengan cara saling menjual produk sesama sendiri di laman web masing-masing. Sebagai contohnya, sekiranya anda menjual perabot rumah, anda boleh bekerjasama dengan peniaga yang menjual produk hiasan dalaman rumah.

Ini akan meningkatkan hasil jualan rakan kongsi anda dan akan memberikan anda keuntungan melalui hasil komisyen daripada jualan tersebut. Selain itu, rakan kongsi anda juga boleh mempromosikan produk jualan barangan anda di laman web perniagaan mereka dan ini akan meningkatkan hasil jualan anda.

 

6 Menaikkan Harga Barangan

Untuk kepastian, anda tidak boleh menaikkan harga barangan dengan begitu kerap. Walaupun, ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapat lebih banyak wang. Sebaik-baiknya anda seharusnya membandingkan harga jualan barangan anda dengan pesaing-pesaing anda terlebih dahulu sebelum anda menentukan samada boleh atau tidak untuk anda menaikkan harga barangan tersebut.

Seterusnya apa yang anda boleh lakukan adalah untuk memastikan samada pembeli boleh bertoleransi atau tidak terhadap kenaikan harga barangan tersebut, sekiranya anda memaklumkan akan hal kenaikan harga barangan tersebut kepada mereka terlebih dahulu.

Sebagai peniaga, anda juga perlu mengetahui bahawa peningkatan harga yang kecil sekalipun akan membawa pertambahan terhadap keuntungan hasil jualan anda. Anda mungkin akan mengalami sedikit rintangan sekiranya anda melakukan pertukaran harga secara kerap di kedai online atau sekiranya anda hanya menjual satu jenis produk sahaja.

 

7 Tingkatkan Pemasaran Anda

Anda perlu sentiasa meningkatkan usaha pemasaran anda, baik untuk produk atau laman web anda. Sebagai langkah permulaan, cari maklumat mengenai strategi-strategi yang boleh digunakan untuk mendapatkan pulangan daripada hasil pelaburan anda. Selain dari itu, langkah-langkah dibawah juga boleh digunakan untuk meningkatkan usaha pemasaran perniagaan anda:

Loyalty program. Ganjaran kepada pelanggan yang setia menggunakan produk anda.

Tawaran Untuk Pelanggan Baru. Hantar emel kepada pelanggan-pelanggan yang belum pernah melayari laman web anda. Sertakan maklumat mengenai kempen jualan anda serta tawaran-tawaran yang akan mereka peroleh.

Facebook. Gunakan Facebook sebagai medium perantaraan anda dan juga pelanggan-pelanggan anda. hal ini kerana, Facebook sudah terbukti mudah bagi anda untuk menjalinkan rangkaian serta memperluaskan promosi jualan barangan anda.

Free sample. Ini adalah teknik pemasaran yang lama tetapi terbukti berhasil untuk mempromosikan produk.

 

8 Keperihatinan Terhadap Faktor Keselamatan dan Prestasi

Keprihatinan pembeli terhadap isu keselamatan mungkin akan menyebabkan mereka kurang menggunakan kad kredit dalam urusniaga online. Hal ini juga mungkin menyebabkan pelanggan kurang melawati laman web anda. Dengan menunjukkan pengiktirafan sijil SSL dan mempamerkan logo SSL akan membantu anda membina keyakinan pembeli untuk membeli barangan daripada anda menerusi urusniaga online.

Prestasi yang perlahan mungkin akan mengakibatkan anda kehilangan pelanggan yang datang melawat laman web anda. sekiranya laman anda mengalami masalah prestasi pada tahun 2011, ianya adalah penting untuk anda meningkatkan prestasi laman web anda.

Tetapi anda seharusnya pertimbangkan kadar pertumbuhan laman web anda untuk meningkatkan prestasi dan skala.

 

9 Beroperasi Dengan Lebih Efisien

Mengurangkan kos akan meningkatkan keuntungan anda. Pada permulaan tahun baru ini adalah masa yang sesuai untuk anda melihat semula kos anda. Pertimbangkan perkara-perkara berikut:

a) Lakukan proses rundingan semula dengan pembekal

b) Menghentikan pengeluaran produk yang memberi margin yang rendah atau pulangan yang sedikit

c) Mengenal pasti alternatif lain bagi tujuan perkapalan dan penghantaran barangan

d) Periksa sistem akaun anda dan pastikan proses penentuan harga dan invois adalah tepat

e) Mempertimbangkan semula operasi-opearsi perniagaan yang tidak penting dan fokus kepada aktiviti-aktiviti yang lebih menguntungkan.

 

Jadi sudah kah anda dapat tangkap bagaimana cara untuk anda naikkan keuntungan perniagaan anda. Ini hanya sedikit tips yang dapat dikongsikan untuk anda menaikkan keuntungan perniagaan anda. Anda boleh mencuba beberapa yang anda rasa dapat naikkan perniagaan anda.

 

BACA SETERUSNYA – Cara Simpan Wang Mudah Lagi Menguntungkan

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Jumlah Syarikat Berdepan Risiko Mungkin Meningkat

Next Post

Rakyat Berpuas Hati Dengan Pakej Rangsangan

Related Posts

Berita Terkini

Pusat Setempat menamatkan perkhidmatan apabila sempadan dibuka semula untuk Malaysia

01 Apr 2022
digodam
Kompas

3 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Akaun Bank Anda Digodam

07 Okt 2021
Kompas

Tips Memulakan Perniagaan Yang Berjaya

20 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA