EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Januari 27, 2021
uLearnMoneyLanggananAcara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN中文eDagang
Celik Wang

Tip Fahami Pelaburan Saham Patuh Syariah

by moneycompass
Oktober 19, 2020
in Kompas, Kompas Pelaburan
0
Share on FacebookShare on Twitter

STOK, atau dikenali sebagai saham, merupakan salah satu daripada instrumen yang terbukti boleh dipercayai untuk mengembangkan kekayaan anda.

Nama-nama seperti Bill Gates, Jeff Bazos dan Bernard Arnault tidak asing lagi dengan kita. Sebahagian besar kekayaan mereka adalah dengan memiliki saham di syarikat atau melalui pelaburan saham.

Anda pasti ingin tahu bagaimana mahu memahami pelaburan saham jika anda ada keinginan mahu melabur dalam pasaran sahamkan?

Ada Ingin jadi seperti mereka, tetapi tidak tahu caranya?

Jangan risau, ini 5 tip mudah untuk anda mulakan pelaburan saham.

 

  1. Asingkan 25% Daripada Pendapatan

Tanpa modal, anda tidak dapat berbuat apa-apa! Sekiranya anda tidak dapat mengasingkan dan menetapkan 25% daripada hasil pendapatan untuk dijadikan modal, sudah tiba masanya untuk berdisiplin dan jujur dengan diri sendiri.

Mulakan dengan langkah kecil dan lakukannya secara konsisten. Perlu diingat bahawa wang itu hanya boleh digunakan untuk tujuan pelaburan!

 

  1. Cari Ilmu Sebelum Mula Melabur

Penting untuk anda belajar dan mencari ilmu sebelum mula melabur. Warren Buffett ada menyuarakan sentimen ini dengan mengatakan: “By far, the best investmment you can make is in yourself”.

Ramai terburu-buru membuat pelaburan mengikut perasaan ingin cepat kaya dengan mengikuti petua-petua tidak sahih.

Kerap kali kita dengar berlakunya mereka yang kehilangan wang dan menyedari pelaburan mereka satu penipuan.

Wang boleh dicuri, tetapi tiada siapa boleh mencuri ilmu pengetahuan, kerana ia tidak susut dan sentiasa berkembang.

 

  1. Urus Keluar-Masuk Duit

Wang boleh menjadi musuh atau rakan anda. Ia bergantung kepada bagaimana anda memilih untuk mengendalikannya. Uruskan perbelanjaan dan ketahui perbezaan antara aset dan liabiliti.

Aset adalah sesuatu yang memasukkan wang ke dalam poket anda, sebaliknya, liabiliti adalah sesuatu yang mengeluarkan wang dari poket anda. Semudah itu!

 

  1. Melabur Apabila Sudah Memahami Konsepnya

Peraturan asas yang harus dipatuhi ketika melabur adalah sangat mudah, jika anda tidak memahaminya, jangan melabur di dalamnya. Peter Lynch terkenal dengan kata-katanya: “You should never invest in any idea that can’t illustrate with a crayon.”

Melabur dalam sesuatu yang anda tidak fahami atau tiada pengetahuan mengenainya akan membawa kepada penilaian yang salah dan menyebabkan pelaburan menjadi buruk dan rugi.

Penting untuk melabur dalam lingkungan kecekapan supaya dapat memahami bagaimana wang dijana dan sekiranya berlaku krisis pasaran, ilmu pelaburan itu dapat membantu anda bertahan dan menanganinya dengan baik.

 

  1. Fokus Pada Pelaburan Dan Berfikir Seperti Seorang Ahli Perniagaan

Ini adalah faktor terpenting yang memisahkan dan membezakan anda daripada menjadi pelabur biasa-biasa sahaja.

Mentaliti apabila memiliki saham bermaksud, wujud pemilikan separa dalam syarikat perniagaan seperti menjadi pemilik syarikat berjuta-juta atau berbilion ringgit.

Contohnya, fokus kepada pendapatan syarikat, keuntungan bersih, dan pulangan ekuiti. Bukan harga saham.

Harga saham akan sentiasa berubah-ubah dan ini adalah fakta yang tidak dapat kita kawal.

Kita tidak boleh membiarkan harga saham harian mempengaruhi emosi dalam setiap keputusan yang dibuat. Selagi mana nilai syarikat ada, iaitu pendapatan per saham meningkat, harga saham akhirnya akan menyusul dalam jangka panjang.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia juga semakin celik mengenai pelaburan saham apabila ramai pihak mengambil inisiatif memperkenalkannya menerusi pelbagai medium.

Namun, diingatkan agar keterujaan menyertai pelaburan haruslah berpada-pada sehingga tidak memakan diri dan lupa mencari skim pelaburan yang halal dan patuh syariah.

Bagi umat Islam di Malaysia, Majlis Penasihat Syariah (MPS) di Suruhanjaya Sekuriti telah diberi mandat untuk membuat penyaringan saham-saham yang tersenarai di pasaran.

Senarai saham patuh syariah itu diterbitkan kepada orang ramai dua kali setahun, iaitu pada akhir Mei dan November.

 

Sekarang adakah anda sudah memahami apa itu pelaburan saham?

Jika belum anda boleh lihat entri kami yang sebelum iniTips Mudah Sebelum Memulakan Pelaburan Saham

untuk lebih memahami.

Anda juga boleh mula mencari mentor atau cikgu untuk anda terus memahami tentang pelaburan saham ini.

 

ShareTweetPin
Previous Post

PKPB Beri Kesan Pada Trafik Domestik

Next Post

Sektor Dan Perniagaan Kritikal Perlu Mendapat Tumpuan

Related Posts

Kompas

Money Compass Bakal Sediakan Platform Pelepasan Stok

26 Jan 2021
Infografik

Perbezaan PKP. PKPB Dan PKPP

15 Jan 2021
Infografik

KANDUNGAN PROKLAMASI DARURAT

13 Jan 2021

Discussion about this post

loader

  • Isi Borang Temu Janji Dalam Talian Sebelum Berurusan Di JPN

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairat Kematian Percuma Yang Perlu Diketahui

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Apa Perbezaan Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Wang

    10 shares
    Share 10 Tweet 0
  • Permohonan Perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Online

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

loader

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

loader

Career