EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Pelabur Tarik Nafas Lega Tiada Darurat

by moneycompass
Oktober 27, 2020
in Berita Terkini, Tajuk Utama
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR: Keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menolak cadangan pengisytiharan darurat meredakan kegusaran pelabur dalam pasaran saham, sekali gus mengelak indeks utama mengalami penurunan drastik.

Meskipun situasi politik negara terus dalam keadaan tidak menentu, namun indeks penanda aras pasaran saham, FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah semalam iaitu pada paras 1,494.61 mata.

Ahli ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi, berkata jika Parlimen digantung melalui pengisytiharan darurat, keyakinan pelabur dan pasaran modal dijangka jatuh merudum.

Katanya, penarafan negara juga kemungkinan diturunkan susulan ketidakpastian politik, sekali gus meningkatkan kos pinjaman kerajaan serta menyukarkan kerajaan meminjam.

“Keyakinan pelabur dalam dan luar negara juga akan jatuh. Ini menyulitkan lagi usaha meningkat pelaburan keseluruhannya. Kadar pertukaran mata wang juga akan jatuh yang akan menyebabkan harga import meningkat dan menyebabkan peningkatan harga.

“Dengan keputusan semalam, kita masih berdepan dengan dua masalah ini tetapi kejatuhan keyakinan yang akan berlaku dengan pengisytiharan darurat dielakkan,” katanya ketika dihubungi BH, di Kuala Lumpur semalam.

Tambahnya, pelabur dan pasaran modal mahu melihat kerangka dasar yang jelas dan stabil, kerangka tadbir urus yang berkesan serta pentadbiran negara yang cekap.

“Penggantungan Parlimen melemahkan kerangka tadbir urus negara tanpa memperbaiki dasar dan kecekapan pentadbiran,” katanya.

Sementara itu Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Izuan Ahmad, berkata keputusan dari Istana Negara itu dapat meredakan sedikit ketidaktentuan suasana politik Malaysia, di mana pelabur asing pasti akan mengambil kira faktor kestabilan politik dalam menentukan strategi pelaburan mereka di dalam negara ini.

“Secara dasarnya, keadaan ekonomi negara serta status pelaburan akan lebih terancam sekiranya virus COVID-19 ini makin menular sehingga memaksa keputusan lebih drastik diambil yang mungkin menambahkan impak negatif kepada keseluruhan aktiviti ekonomi dan pengeluaran, seperti yang terjadi sebelum ini di mana aktiviti ekonomi tidak dibenarkan beroperasi.

“Oleh itu, usul darurat yang dijangka akan meningkatkan ketidakstabilan politik negara akan hanya menimbulkan kekacauan serta isu yang tidak bermanfaat untuk negara dalam usaha semua pihak memerangi pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Syazwani Mazlan, berkata pengisytiharan darurat akan memberi impak negatif kepada pelaburan asing.

Ini kerana katanya, darurat menampakkan bahawa keadaan negara adalah tidak stabil dan tidak selamat untuk mereka membuat pelaburan baharu dan pelabur asing sedia ada juga akan menarik keluar pelaburan yang ada.

“Berdasarkan data yang didapati dari Jabatan Perangkaan Malaysia, pelaburan langsung asing di Malaysia merosot kepada RM2.2 bilion pada suku kedua tahun 2020 daripada RM6.4 bilion pada suku sebelumnya.

“Penurunan ini menunjukkan bahawa kesan pandemik COVID-19 adalah sangat besar dan sekiranya berlaku pula darurat, keadaan akan menjadi lebih teruk.

“Usaha pemulihan ekonomi perlu dipertingkatkan untuk mengembalikan kestabilan negara dan ini seterusnya boleh mengembalikan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia,” katanya.

Baca Seterusnya – Indeks Bursa Malaysia Meningkat TInggi

Tags: pelaburan
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Penyedia Teknologi Robotik Sasar Jadi Penaraju ASEAN

Next Post

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Related Posts

Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA