EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Insentif Penyewaan Merancakkan Sektor Hartanah

by moneycompass
November 2, 2020
in Berita Terkini, Tajuk Utama
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memperkenalkan lebih banyak insentif penyewaan seperti insentif kepada penyewa kali pertama bagi merancakkan sektor hartanah domestik.

Pengurus Besar iProperty.com Malaysia Sdn Bhd, Wong Siew Lai, berkata ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19 mungkin mendorong lebih ramai untuk menyewa daripada membeli rumah.

Malah, katanya semakin ramai juga yang bekerja dari rumah dan memberi lebih keutamaan kepada persekitaran hidup lebih selesa serta kondusif.

“Menyewa boleh menjimatkan kos penginapan dalam jangka pendek. Sebagai contoh, kerajaan boleh memperkenalkan insentif kepada penyewa kali pertama dan berpengalaman.

“Pemilik rumah yang sukar untuk menjual hartanah pada masa ini boleh mempertimbangkan penyewaan jika insentif yang menarik diperkenalkan untuk memanfaatkan mereka.

“Sebagai contoh, pada awal tahun ini kerajaan mengumumkan potongan cukai kepada pemilik rumah yang memberikan diskaun kepada kadar sewa,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut Siew Lai berkata, pihaknya juga berharap kerajaan mempertimbangkan pengurangan cukai duti setem untuk pembeli rumah kali pertama selepas Kempen Pemilikan Rumah berakhir pada 31 Mei 2021.

Katanya, pengurangan duti setem adalah penting untuk membantu golongan muda Malaysia membeli hartanah dan pengurangan cukai itu juga boleh diperluaskan ke pasaran sekunder untuk menambah peluang buat pembeli.

“Selain itu, kerajaan juga diharapkan mengkaji semula dasar dan memperkenalkan langkah-langkah tambahan untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan muda.

“Sebagai contoh, pelepasan cukai untuk faedah pinjaman rumah yang ditanggung oleh pembeli rumah kali pertama perlu diperkenalkan semula untuk menggalakkan lagi pemilikan rumah dalam kalangan golongan muda.

“Lebih awal mereka membeli hartanah, lebih banyak masa untuk golongan muda mendapat manfaat kenaikan modal daripada pelaburan hartanah mereka,” katanya.

Tambahnya, pengecualian penuh daripada Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang diumumkan di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) amat dialu-alukan.

Pada masa ini, katanya, pengecualian berkenaan dihadkan kepada pelupusan tiga unit rumah kediaman bagi setiap individu.

“Kami berharap belanjawan baharu akan memperbaiki inisiatif CKHT yang sedia ada dengan menghapuskan atau melonggarkan had unit pelupusan setiap individu untuk meningkatkan keyakinan di kalangan penjual hartanah.

“Ini akan membantu merangsang lebih banyak transaksi dan mendorong penjual untuk memanfaatkan penjimatan daripada pengecualian ini kepada pembeli,” katanya.

Siew Lai berkata, satu lagi faktor yang boleh merangsang pasaran hartanah tempatan adalah pelaburan daripada pembeli asing.

“Kami berharap Belanjawan 2021 akan menghidupkan semula program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi menggalakkan pelaburan asing di pasaran hartanah tempatan.

“Di samping itu, proses permohonan boleh diselaraskan untuk lebih mesra pelabur bagi menggalakkan lebih ramai pembeli asing.

“Walaupun program MM2H hanya merangkumi sebahagian kecil daripada jumlah pembeli rumah di Malaysia, ia penting untuk memacu permintaan dari pembeli asing.

“Program ini juga dapat mengurangkan hartanah tidak terjual dan pembekalan unit tidak terjual dalam pasaran sekunder,” katanya.

Baca Seterusnya – Belian Hartanah Warga Asing Perlu Diseragamkan

Tags: Hartanah
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kenaikan Gaji Purata Hanya Untuk Sektor Terbabit

Next Post

Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA