EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Sudah Tiba Masa Negara Fokus Masa Depan Pekerjaan

by moneycompass
November 4, 2020
in Berita Terkini, Tajuk Utama
Share on FacebookShare on WhatsApp

FORUM Ekonomi Dunia (WEF) melalui laporannya menyatakan COVID-19 menyebabkan pasaran pekerja berubah lebih cepat daripada jangkaan. Penyelidikan menunjukkan apa dianggap sebagai ‘masa depan pekerjaan’ sudah tiba.

Menurut Pengarah Urusan WEF, COVID-19 mempercepat kedatangan pekerjaan masa depan. Beliau menegaskan kecepatan proses automasi pekerjaan dan kesan kemelesetan akibat COVID-19 memburukkan jurang ketidaksamaan yang ada dalam pasaran buruh dan menterbalikkan kadar kenaikan pekerjaan yang berjaya dilakukan sejak krisis kewangan global pada 2007-2008.

Ini senario gangguan berganda yang memberikan cabaran baharu kepada pekerja ketika masa sukar ini.

Jendela peluang untuk pengurusan proaktif melakukan perubahan ini semakin cepat tertutup. Perniagaan, kerajaan dan pekerja mesti merancang segera bekerja bersama bagi menerapkan visi baharu untuk tenaga kerja global.

Ada lima penemuan utama laporan ini yang perlu diberi perhatian oleh pemilik perniagaan, pemain industri, institusi pendidikan dan kemahiran serta pembuat dasar dalam kerajaan.

Pertama, ia menunjukkan pandemik COVID-19 mempercepatkan kehadiran pekerjaan masa depan ke masa kini. Daripada kajian ini menunjukkan 84 peratus majikan mempercepatkan pendigitalan pada proses kerja secara signifikan, manakala 50 peratus lagi mempercepatkan proses automasi.

Malah pekerjaan secara kawalan jauh seperti bekerja dari mana sahaja mula menjadi kebiasaan baharu dengan pantas pada kadar 84 peratus.

Penemuan kedua menunjukkan proses automasi lebih cepat dan menjadi keutamaan. Menjelang 2025, masa kerja antara manusia dan mesin akan menjadi sama rata. Mesin akan difokuskan pekerjaan rutin yang diautomasikan, terutama pada pemprosesan maklumat dan data, tugas pentadbiran dan pekerjaan manual rutin untuk kedudukan kolar putih dan biru.

Manusia pula menumpukan pekerjaan memerlukan kemahiran kemanusiaan tinggi seperti pengurusan dan perancangan strategi. Sebanyak 85 juta peranan proses kerja akan diambil alih automasi.

Penemuan ketiga dianggap berita baik. Jika selama ini kita sering dimomokkan Kecerdasan Buatan (AI) dan automasi akan menghapuskan peluang pekerjaan. Ternyata ia tidak benar. Apa yang berlaku ialah akan wujud 97 juta pekerjaan berbanding 85 juta kini yang akan terhapus menjelang 2025.

Antara pekerjaan yang menjadi permintaan hangat menjelang 2025 ialah penganalisis data dan saintis data, pakar AI dan pembelajaran mesin, jurutera robotik, pembangun perisian dan aplikasi, pakar transformasi digital, penganalisis keselamatan maklumat serta pakar internet kebendaan (IoT).

Pekerjaan yang dijangkakan tiada permintaan seperti kerani kemasukan data, pengurusan kesetiausahaan, pekerja perkeranian perakaunan, akauntan dan juruaudit serta pekerja kilang.

Penemuan keempat menunjukkan kemahiran sangat diperlukan pada pekerjaan masa depan ialah kemahiran berkolaborasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran pengurusan kendiri. Kemahiran pengurusan kendiri merangkumi ketekunan bekerja, kebolehan tolak ansur dalam menangani tekanan dan fleksibliti.

Penemuan kelima menunjukkan kepentingan modal insan dalam kalangan majikan meningkat. Oleh itu, majikan bersedia melatih semula pekerja dengan kemahiran diperlukan pekerjaan masa depan. Sebanyak 66 peratus majikan percaya kesan pelaburan kepada latihan kemahiran pekerja mereka akan membuahkan hasil dalam masa setahun.

Oleh itu, kehadiran teknologi baharu tidak wajar dianggap ancaman semata-mata. Kita melalui tiga revolusi industri semuanya teknologi ini menukarkan corak pekerjaan tradisional menjadi bentuk baharu, malah mencipta pekerjaan baharu.

Teknologi wajar dilihat mampu mengoptimumkan keupayaan manusia. Sebagai contoh, suatu masa dahulu kita perlu mengisi banyak borang untuk sesuatu urusan. Akibatnya kesilapan mungkin berlaku kerana proses membuat keputusan secara manual.

Manusia secara amnya seperti keletihan dan kebosanan membuat perkara rutin. Kehadiran teknologi seperti web 2.0 membolehkan kewujudan borang digital yang membuatkan proses membuat keputusan dibuat secara automasi.

Maka ia mencipta pekerjaan baharu seperti pentadbir sistem atau pentadbir portal. Namun, soalan lebih besar, adakah sistem pendidikan dan latihan kemahiran sekarang mampu menyediakan generasi kini kepada pekerjaan masa depan?

Dalam pada itu, adakah langkah memberi banyak perhatian kepada ekonomi gig sesuatu yang tepat. Adakah ia berdasar trend popular atau kajian mendalam. Ekonomi jenis ini bersifat sementara dan tidak ada asas kukuh untuk jangka panjang. Begitu juga jika suatu masa dahulu kita pernah mendengar isu industri teksi tempatan bertelagah dengan kehadiran Uber dan kini Grab. Apa akan jadi apabila tugas ini diautomasikan melalui kehadiran dron dan kereta pemanduan automatik?

Mohd Firdaus Mohamed Khairi, Calon Sarjana Sains Komputer UKM

Tags: PekerjaanWEF
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Ringgit Dibuka Rendah

Next Post

Malaysia Tempat Ke-4 Dalam Hab Pembuatan CoDB

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA