EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Aktiviti Ekonomi Negara Perlu Disusun Semula

by moneycompass
November 13, 2020
in Berita Terkini, Berita Utama
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Strategi pembangunan negara dan usaha merancakkan aktiviti ekonomi domestik perlu disusun semula bagi memastikan pelaksanaan projek berimpak tinggi dapat disegerakan dalam tempoh mencabar ketika ini.

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berkata, justeru, tatacara perolehan sedia ada perlu disemak kesesuaiannya dalam tempoh sukar ini bagi membolehkan pelaksanaan projek berimpak tinggi untuk kepentingan awam berjalan mengikut jadual.

“Ini sekali gus mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan,” kata MTEN dalam satu kenyataan.

MTEN telah mengadakan mesyuarat secara sidang video semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendengar pembentangan mengenai “Prestasi Perbelanjaan Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan 2020” oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Menurut MTEN mesyuarat itu turut mengambil maklum bahawa pandemik COVID-19 telah mengakibatkan perbelanjaan isi rumah, pelaburan pihak swasta dan perdagangan antarabangsa merosot dengan drastik dan memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Bagi menangani situasi ini, perbelanjaan kerajaan perlu ditingkatkan dan projek-projek dilaksanakan dengan segera bagi membantu memulihkan ekonomi negara.

Setakat 8 Nov, 2020, kerajaan telah membelanjakan 80.62 peratus daripada peruntukan pembangunan kerajaan persekutuan bagi tahun 2020 yang berjumlah RM64.96 billion.

“Prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan tahun 2020 juga adalah lebih tinggi berbanding tahun 2019 berikutan pelaksanaan projek rangsangan ekonomi dan beberapa langkah lain yang telah diambil bagi mempercepatkan perbelanjaan pembangunan serta pelaksanaan projek-projek berskala kecil di bawah pakej rangsangan,” kata MTEN.

Menurutnya, kerajaan sedar, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar yang berterusan di beberapa buah negeri dan wilayah telah mempengaruhi kegiatan ekonomi.

“Oleh itu, perbelanjaan pembangunan kerajaan harus memberi keutamaan kepada pelaburan yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan nilai faedah terbaik bagi menyokong pemulihan ekonomi,” kata MTEN.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum kepentingan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan awam yang berimpak tinggi dan mempunyai kesan pengganda yang besar kepada ekonomi.

Justeru, semua kementerian telah diminta agar memulakan pelan perolehan yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 secepat mungkin bagi memastikan projek dapat dilaksanakan segera.

 

– BERNAMA

BACA SETERUSNYA – Belanjawan 2021 Disifatkan Mengimbangi Kebajikan Rakyat Dan Jamin Ekonomi

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Pesanan Meningkat 10 Kali Ganda Dalam Jualan Hebat 11.11

Next Post

COVID-19 Jejaskan Pelancaran 5G

Related Posts

Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA