EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, Januari 31, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Pendigitalan Penting Untuk Masa Depan Ekonomi UK-ASEAN

by moneycompass
November 16, 2020
in Berita Pasaran Global, Berita Terkini
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Forum Perniagaan ASEAN-United Kingdom (UK) yang pertama telah mengetengahkan betapa pentingnya memupuk inovasi digital dan perkongsian ekonomi untuk masa depan hubungan UK-ASEAN, khususnya dalam bidang pendidikan serta perdagangan digital.

Setiausaha Negara untuk Perdagangan Antarabangsa UK, Liz Truss berkata UK membuat kemunculan di rantau Indo-Pasifik dan negara itu mahu mempereratkan hubungan ekonomi dan digital UK-ASEAN.

“2020 telah menjadi tahun yang mencabar tetapi juga merupakan tahun perkongsian UK-ASEAN yang lebih banyak. Kami akan kekal sebagai rakan kongsi bagi tempoh jangka panjang untuk ASEAN dan perkongsian ekonomi yang kukuh telah membantu perdagangan dua hala berkembang dengan stabil dalam sepuluh tahun terakhir sehingga mencecah hampir 42 bilion pound Britain,” katanya dalam satu kenyataan.

Forum Perniagaan ASEAN-UK dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN yang diadakan waktu yang sama dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 tahun ini.

Pada acara yang dihoskan oleh majlis perniagaan UK-ASEAN dan penasihat perniagaan ASEAN, Menteri Dasar Perdagangan UK Greg Hands berkata perdagangan digital adalah kunci untuk memperkukuhkan lagi kerjasama UK-ASEAN.

“Inovasi digital sebagai pemangkin penting untuk pemulihan ekonomi. ASEAN dan UK harus bekerjasama untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dan ekonomi,” katanya.

Hands berkata terdapat potensi besar bagi ASEAN dan UK untuk bekerjasama dalam merapatkan jurang kemahiran digital serta memaksimumkan teknologi inovatif.

UK melihat teknologi digital sebagai pemacu pertumbuhan dan produktiviti di seluruh ekonomi dan permintaan untuk penyelesaian teknologi dalam pendidikan, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, rantaian bekalan dan logistik serta banyak lagi bidang lain meningkat secara konsisten.

Hands berkata UK mempunyai rekod prestasi untuk mencipta lebih banyak syarikat teknologi ‘unicorn’, oleh itu ia membuka peluang bagi ASEAN dan UK untuk bekerjasama dalam merapatkan jurang kemahiran digital serta memaksimumkan teknologi inovatif.

Syarikat unicorn adalah syarikat baharu yang mempunyai kadar pertumbuhan perniagaan yang tinggi, khususnya dalam sektor perkhidmatan dan menjadi perhatian pemodal teroka.

Sementara itu, Asia Tenggara telah menyaksikan kemunculan 40 juta pengguna Internet baharu tahun ini, berbanding 100 juta selama empat tahun antara tahun 2015 dan 2019.

 

– BERNAMA

BACA SETERUSNYA – Pengguna Internet Asia Tenggara Meningkat

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Mesyuarat AEC Beri Tumpuan Pada Pemulihan Ekonomi

Next Post

Ekonomi Negara Kekal Dalam Landasan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA