EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, September 23, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Tidak Berminat Sertai Parti Politik – Tengku Zafrul

by moneycompass
November 30, 2020
in Berita Terkini, Perkara-Perkara Menarik
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Beliau bukan seorang ahli politik dan tidak pernah cenderung ke arah itu, tokoh bank dan kini merupakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz tekad untuk kekal sebagai seorang ahli teknokrat dan akan terus memastikan kehidupan dan mata pencarian rakyat negara ini dilindungi terutama dalam situasi penularan pandemik kesihatan pada masa ini.

“Saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politikpun dan sebagaimana yang anda tahu, pada masa ini saya bukan ahli mana-mana pihak,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Ada banyak lagi tugas yang perlu dilakukan untuk merancakkan ekonomi dan itulah fokus utama sekarang, kata beliau.

“Saya ingin memberi tumpuan bagaimana saya boleh membantu Malaysia memerangi COVID-19 dan meningkatkan kedudukan ekonomi kita. Jadi, fokus saya sekarang ialah terhadap ekonomi,” kata.

“Oleh itu, buat masa ini, saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik,” kata beliau yang percaya akan kemampuannya dalam membangunkan ekonomi negara yang terjejas oleh pandemik kesihatan tanpa perlu berpolitik.

Ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan penguncupan -2.7 peratus pada suku ketiga 2020 berbanding -17.1 peratus pada suku kedua, mengambilkira tempoh tujuh minggu  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac yang dikuatkuasa bagi membendung penularan COVID-19.

Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai senator pada 10 Mac, 2020 berikutan pelantikannya sebagai Menteri Kewangan.

Kerajaan telah melonggarkan sekatan PKP pada 4 Mei dan perniagaan dibenarkan menyambung operasi mengikut sektor dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Berikutan itu, kadar pengangguran telah menurun kepada 4.6 peratus pada September daripada 5.3 peratus pada Mei tahun ini.

Pelbagai pakej rangsangan juga telah diperkenalkan iaitu  Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Prihatin SME+, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin – keseluruhannya bernilai RM305 bilion setakat ini.

Berasal dari dunia korporat, beliau baru-baru ini menerima kecaman ketika mengumumkan beberapa inisiatif baharu semasa sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021.

Mempertahankan tindakan itu, beliau berkata – mungkin dalam situasi luar biasa, memerlukan langkah dan tindakan yang luar biasa juga.

Menerusi catatan di Facebook, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa inisiatif itu bukan cadangannya tetapi  datang daripada penggubal undang-undang itu sendiri semasa sesi perbahasan di parlimen.

Keputusan untuk memanjangkan bantuan dibuat setelah mengambil kira hujahan-hujahan di parlimen seperti gelombang ke-3 COVID-19 yang kian menular dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.

Begitu juga penambahan pemberian program eBelia daripada RM50 kepada RM100, dan perluasannya kepada 1.1 juta mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan IPT Swasta.

“Tetapi dalam perkhabaran baik ini, saya ada pengakuan – Kerajaan tidak mampu menerima atau melaksanakan kesemua cadangan yang dibangkitkan.”

“Seperti yang saya sebut ketika penggulungan tempoh hari, peranan Kerajaan adalah untuk sentiasa mengimbangi kepentingan-kepentingan yang pelbagai – baik dari segi implikasi kos, memastikan penerima adalah yang benar-benar memerlukannya, implikasi kepada pasaran atau penarafan ekosistem perbendaharaan negara. Saya akui, ia bukan sesuatu yang mudah.”

“Namun, apabila berbangkitnya pertembungan antara kepentingan-kepentingan ini, Kerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Tiada kompromi,” jelas beliau.

 

– BERNAMA

BACA SETERUSNYA – Impak Harga Minyak Telah Diambil Kira Dalam Unjuran Defisit – Tengku Zafrul

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Pelbagai Syarikat Rancang Fail Saman Kepada Google

Next Post

Nilai Cukai Rokok Elektrik Terlalu Rendah

Related Posts

Sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023, 130 sukarelawan 
menanam sejumlah 600 pokok
Berita Terkini

Kelestarian Hutan Paya Gambut Negara Menjadi Keutamaan Pada Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023

22 Mei 2023
Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA