Kuala Lumpur – Bagi membantu semua rakyat Malaysia dalam meningkatkan lagi literasi kewangan, ULearnMONEY (ULM) merupakan platform untuk anda meningkatkan tahap literasi kewangan rakyat Malaysia.
Pada Bulan Disember 2020, ULM bakal mengadakan latihan khusus bagi menjemput institusi-istitusi dan indivu yang berminat dalam melabur dana dalam mengembangkan lagi ULM ke seluruh Malaysia.
Melalui Platform Kerjasama, ULM bertujuan untuk mencapai objektifnya dan melaksanakan Pembentangan Perniagaan ULearnMONEY yang telah bermula pada 2 Disember lalu dan akan berterusan sehingga 13 Disember dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Mandarin.
ULM ingin memenuhi Pembiayaan ECF dengan jumlah RM 1.5 juta untuk Pemasaran dan Acara, Teknologi, Platform, Pembangunan Kandungan dan penyelenggaraannya secara tetap.
Perancangan untuk mengembangkan Aplikasi Pelajar, lebih banyak kandungan pendidikan kewangan, membina rangkaian pencipta kandungan kewangan bebas, dan juga memulakan pengembangan aplikasi Pusat Alat Kewangan.
Semua ini bakal ditawarkan kepada pelajar universiti yang ingin mengubah pemikiran mereka dalam menguruskan kewangan, sambil mendapat maklumat yang dipercayai dari jurulatih utama ULM. Inisiatif ini juga disokong oleh Kementerian Pendidikan dan lebih daripada 36 Institusi Pengajian Tinggi di negara ini.
Pada masa ini, platform ini ditujukan untuk pengguna Malaysia tetapi dengan rancangan untuk memperluaskan lagi ULM ke negara jiran, bakal membantu individu dan pengguna memperoleh dan menikmati kejayaan kewangan peribadi.
ULM ditubuhkan pada 28 Jun, 2019, dibawah syarikat Money Compass Media. Dalam tempoh masa yang singkat, ULM telah mendapat tempat pertama sebagai pendidikan atas talian platform bagi literasi kewangan di Malaysia melalui Google Ranking. Sehingga hari ini, ULM telah menjangkau lebih 100,000 peserta luar talian dan lebih 500,000 peserta atas talian melalu webinar atas talian dan acara-acara.
Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi Amy Seok atau Mandy of Money Compass atau pergi ke https://ulearnmoney.com/ulearnmoney/ untuk maklumat lebih lanjut.
Discussion about this post