EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Ahad, Ogos 7, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Apa Itu ECF Dan Apa Asas Yang Perlu Diketahui

by moneycompass
Disember 17, 2020
in Kompas, Kompas Pelaburan
Share on FacebookShare on WhatsApp

Bagi pemilik perniagaan yang sedang membangunkan perniagaan, terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan untuk jadi lebih maju. Salah satu cara yang pemilik perniagaan selalu gunakan untuk peroleh dana adalah equity crowdfunding (ECF)

 

Apa Itu ECF?

ECF ialah salah satu cara para pemilik bisnes memperoleh dana secara atas talian dan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ini bermakna, semua dapat melabur di dalam perniagaan yang sedang berkembang termasuk anda yang sedang membaca.

Kebanyakan syarikat yang sedang berkembang amat memerlukan modal yang sangat besar untuk mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.

ECF sudah mula menapak di Malaysia sejak tahun 2015 lagi, supaya semua orang boleh melabur.

 

Struktur ECF

Tiga komponen utama yang menjadikan ECF berfungsi ialah pemilik bisnes, pemilik platform dan pelabur.

Pelabur itu ialah kita, biasanya pelabur runcit dan mempunyai modal yang kecil. Pemilik platform ialah platform yang melalui platformnyalah pemilik bisnes dan pelabur berinteraksi untuk proses jual beli saham. Yang terakhir, pemilik bisnes iaitu pemilik kepada bisnes yang memerlukan modal.

 

Mekanisme ECF

Mudah saja. Pemilik bisnes akan iklankan tawaran mereka dalam platform.

Antaranya ialah:

  • Berapa jumlah minimum dan maksimum modal yang diperlukan
  • Berapa jumlah syer (share) yang ditawarkan berdasarkan modal yang diperlukan tersebut
  • Harga setiap syer
  • Minimum jumlah syer yang setiap pelabur perlu beli, jika berminat

Pelabur hanya perlu daftar akaun dan pilih bisnes yang mereka mahu laburkan wang mereka ke dalamnya dan pindahkan wang ke akaun platform ECF.

 

Apa Platform ECF Yang Ada?

Seperti yang kita tahu, Malaysia sangat bertuah kerana Suruhanjaya Sekuriti (SC) sangat mengambil berat kepentingan pelabur. Aktiviti ECF dikawal selia oleh SC dan mana-mana syarikat yang ingin beroperasi sebagai platform ECF perlu memperoleh lesen daripada SC.

Di bawah adalah merupakan senarai syarikat yang beroperasi sebagai platform ECF, mengikut laman web SC:

  • Leet Capital (1337 Ventures Sdn Bhd)
  • Ata Plus (Ata Plus Sdn Bhd)
  • Crowdo (Crowdo Malaysia Sdn Bhd)
  • Ethis Ventures Sdn Bhd (akan dilancarkan platformnya tahun depan)
  • Eureeca (Eureeca SEA Sdn Bhd)
  • FundedByMe (FBM Crowdtech Sdn Bhd)
  • Fundnel (Fundnel Technologies Sdn Bhd)
  • MyStartr (MyStartr Sdn Bhd)
  • PitchIN (Pitch Platforms Sdn Bhd)
  • CrowdPlus.asia (Crowdplus Sdn Bhd)

 

Amaun Terendah Yang Diperlukan Untuk Melabur?

Tiada jawapan yang tetap kerana ia adalah berdasarkan pemilik bisnes. Tapi, rekod terendah ialah RM10 oleh Skolafund. Bahkan Skolafund merupakan bisnes pertama yang berjaya mencapai exit plan atau misi mereka.

Senang cerita, ECF membuka peluang kepada pelabur runcit dan pelabur yang mempunyai modal yang rendah. Manakala, pulangan jika bisnes tersebut berjaya mencapai exit plan mereka, pastinya lumayan.

 

Melabur Melalui ECF Dengan ULearnMONEY

Tidak ketinggalan dalam melakukan pelaburan melalui ECF adalah platform ULearnMONEY, sebuah anak syarikat Money Compass Media yang juga telah mendapat tempat pertama untuk platform pendidikan atas talian dalam mendidik literasi kewangan di Google Ranking baru-baru ini

ULearnMONEY menggunakan platform ATA Plus dalam menjalankan ECF bagi menarik pelabur-pelabur di seluruh Malaysia dan juga mereka yang mahu melabur dengan platform ULearnMONEY.

ULearnMONEY juga telah berjaya mengumpul hampir 50 ribu peserta dalam menyertai pembelajaran literasi kewangan secara atas talian dan dengan melakukan ECF ini, ULearnMONEY akan mengembangkan sayap ke seluruh Negara di dalam Asia Tenggara.

Untuk melabur dengan ULearnMONEY, anda boleh layari http://www.ata-plus.com/deals/ulearnmoney dan jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut, hubungi Amy Seok atau Mandy of Money Compass atau pergi ke https://ulearnmoney.com/ulearnmoney/ untuk maklumat lebih lanjut.

 

 

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Ringgit Ditutup Tinggi Dua Hari Berturut

Next Post

MCMC Lepasi Sasaran Awal Gentian Optik

Related Posts

digodam
Kompas

3 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Akaun Bank Anda Digodam

07 Okt 2021
Kompas

Tips Memulakan Perniagaan Yang Berjaya

20 Okt 2021
Kompas

Usahawan Berdepan Situasi Mencabar – Azizan Osman

20 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA