KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melepasi sasaran awalnya bagi gentian optik tetap untuk pemasangan jalur lebar yang telah siap di negara ini, sebanyak 123.1 peratus.
Pengerusinya Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata MCMC telah komited untuk mencapai 352,101 premis yang dilengkapkan dengan gentian optik, namun, setakat ini telah mencapai 433,477 premis, iaitu 123.1 peratus siap sehingga 16 Dis 2020.
“Kami meletakkan gentian itu dengan berterusan dan jangkaan jumlah pada tahun ini ialah 435,947 untuk disiapkan menjelang 31 Dis 2020, dengan pencapaian 123.8 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.
Fadhlullah Suhaimi berkata laporan JENDELA adalah mengikut suku tahunan, oleh itu, sasaran yang ditetapkan akan dilaporkan mengikut pelaksanaan.
“Laporan seumpama ini bertujuan menjadikan JENDELA sebagai rancangan yang amat telus, untuk memberikan semangat yang secukupnya kepada kami serta industri bagi memastikan apa sahaja janji yang telah dibuat menerusi program ini akan dilunaskan seperti dirancang,” katanya.
Bagi jalur lebar mudah alih, MCMC serta penggiat telekomunikasi (telco) yang lain berjaya melengkapkan penempatan 746 tapak, iaitu pencapaian sebanyak 79.4 peratus sehingga 16 Dis 2020.
MCMC mengunjurkan bahawa, ia akan melengkapkan 875 penempatan tapak jalur lebar mudah alih baharu bersama-sama pemain telco lain, iaitu penyiapan 93.1 peratus berbanding sasaran awal 940 penempatan tapak menjelang 31 Dis 2020.
Sehingga 16 Dis 2020, MCMC serta pemain telco yang lain telah menaik taraf 16,029 kawasan dengan kadar pelaksanaan 98.9 peratus.
MCMC serta penyedia telco telah berjaya mencapai jangkaan 16,366 tapak yang dinaik taraf untuk disiapkan menjelang 31 Dis 2020 berbanding sasaran awal 16,214, peningkatan 100.9 peratus daripada yang diunjurkan, kata Fadhlullah Suhaimi.
Beliau berkata JENDELA mempunyai aspirasi nasional menjelang 2025 iaitu sembilan juta premis dilengkapi kelajuan melebihi 100Mbps menerusi pelaksanaan 5G, di samping liputan 4G sebanyak 100 peratus di kawasan berpenduduk.
“Sasaran akhir adalah agar sembilan juta rumah mempunyai gentian yang diluluskan memandangkan penting untuk negara mempunyai rangkaian gentian yang meluas pada masa depan. Kedua, mendapat rangkaian 4G yang tepat sebelum kita beralih kepada 5G dan dengan itu mendorong kelajuan mudah alih untuk melebihi 100 Mbps.
“JENDELA bukanlah berkenaan 4G, tetapi menyediakan kita kepada 5G dan oleh itu, sekiranya kita agak baik dalam mencapai sasaran, kita tiada alasan untuk mempertimbangkan 5G di negara ini,” katanya.
Fadhlullah Suhaimi berkata pelan tindakan JENDELA merangkumi pembinaan 940 tapak mudah alih baharu di bandar dan pinggir bandar, menaik taraf 16,214 stesen pangkalan yang sedia ada di kawasan bandar dan pinggir bandar dan melaksanakan gentian optik kepada 352,101 premis pada tahun ini.
– BERNAMA
BACA SETERUSNYA – MCMC Dan Syarikat Telekomunikasi Pastikan Internet Untuk Rakyat
Discussion about this post