EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Ogos 12, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Sabah Cadang Wujudkan Pusat Sehenti Bagi Pelaburan

by moneycompass
Disember 21, 2020
in Berita Terkini, Kompas Pelaburan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah bercadang mewujudkan sebuah pusat sehenti bagi menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabangsa untuk merancakkan lagi pembangunan ekonomi negeri pada masa depan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata cadangan itu telah dikemukakan dan dibincangkan bersama Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor bagi membolehkan ia direalisasikan sebagai antara kaedah proaktif dalam mempermudahkan urusan pelaburan di Sabah.

Bung Moktar juga optimis pusat sehenti itu dapat mengurangkan karenah birokrasi yang melambatkan urusan mahupun aktiviti pelaburan yang ingin dijalankan di negeri ini.

“Sudah tentu apabila ada pelabur, kita harus mencari pendekatan untuk mempermudahkan urusan pelaburan mereka. Justeru, ketua menteri bersetuju untuk mewujudkan pusat sehenti berkenaan bagi memudahkan para pelabur.

“Pada Januari ini, ada 10 pelabur akan datang ke Sabah untuk membentangkan kertas kerja mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, satu pelan tindakan akan dibentangkan kepada Kabinet negeri berhubung hala tuju pembangunan sektor pelabuhan Sabah lebih mampan dengan menerapkan sistem lebih efisien.

Beliau berkata pelan tindakan itu penting bagi mengoptimumkan keupayaan kesemua pelabuhan di Sabah.

Ini memandangkan hanya 50 hingga 60 peratus sahaja daripada kapasiti pelabuhan terbabit dimanfaatkan sedangkan kedudukan Sabah begitu strategik kerana berhampiran dengan China, Filipina, Indonesia dan Brunei, katanya.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah bagi mengemukakan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan.

“Kita di Sabah ada lapan pelabuhan. Bukan kita tidak berpuas hati dengan prestasi pelabuhan yang ada ini, tetapi, ia dilihat tidak begitu menarik perhatian seluruh dunia. Selaku menteri bertanggungjawab, saya tidak berdiam diri.

“Kita akan naik taraf beberapa pelabuhan di Sabah sebagai pelabuhan antarabangsa yang menjadi tarikan peniaga dan usahawan seluruh negara,” katanya.

 

– BERNAMA

BACA SETERUSNYA – Pelaburan KWSP Masih Terus Bertahan

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

MCMC Lepasi Sasaran Awal Gentian Optik

Next Post

Pulau Pinang Antara Penyumbang Eksport Terbesar Negara

Related Posts

Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022
Berita Terkini

Fesyen Sukan Bertaraf Dunia Kini Melebarkan Sayapnya ke Malaysia

17 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA