EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Januari 27, 2021
uLearnMoneyLanggananAcara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN中文eDagang
Celik Wang

Tawar Promosi RM49 Ke Pulau Pinang

by moneycompass
Disember 24, 2020
in Gaya Hidup, News
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Syarikat penerbangan AirAsia dan Penang Global Tourism (PGT) menawarkan promosi penerbangan terbaharu lengkap dengan tawaran penginapan di hotel-hotel terpilih bagi menggalakkan pelancong berkunjung ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, melalui kerjasama terbaharu itu, AirAsia memperkenalkan pakej menarik termasuk penginapan selama tiga hari dua malam di hotel tiga hingga empat bintang di negeri ini beserta tiket penerbangan pergi dan balik dari harga serendah RM49 seorang.

Ujar beliau, kempen itu akan berlangsung bermula esok (24 Disember) hingga 27 Disember untuk tempoh perjalanan dari 4 Januari hingga 31 Mac 2021.

“Tawaran hebat ini menampilkan tiket penerbangan dan kombo hotel merangkumi lebih daripada 25 hotel di Pulau Pinang antaranya Hotel Brown dan Sunway Hotel di Seberang Jaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Soon Hin, bagi mereka yang memilih penginapan lebih mewah di hotel empat hingga lima bintang, harga tawaran bermula pada kadar RM179 seorang termasuk tiket kapal terbang pergi dan balik.

“Tawaran ini adalah cara terbaik untuk mempromosi Pulau Pinang kepada pelancong tempatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan.

“Kami optimis dengan kerjasama dengan AirAsia, industri pelancongan Pulau Pinang akan kembali pulih dan menjadi pilihan pelancong,” katanya.

Dalam pada itu, Mai Yin berkata, tawaran berkenaan terbuka kepada semua penerbangan domestik yang menghubungkan Pulau Pinang.

“Kami berharap orang ramai mengambil peluang untuk meneroka dan menikmati lebih banyak apa yang ditawarkan di Pulau Pinang.

“Jumlah penerbangan Air Asia ke Pulau Pinang juga meningkat sejak rentas negeri dibenarkan dan sehingga kini mencapai 35 penerbangan seminggu bagi laluan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Air Asia juga telah memperkenalkan laluan baharu iaitu Kota Bharu ke Pulau Pinang yang bermula semalam dan laluan Sibu ke Pulau Pinang pula akan diperkenalkan mulai Januari tahun depan.

 

– UTUSAN

BACA SETERUSNYA –Tawaran Tiket Penerbangan Domestik Serendah RM12

ShareTweetPin
Previous Post

Ekonomi Negara Dilandasan Pemulihan Pada Awal 2021

Next Post

Bekalan Coklat Import Habis Di Borong

Related Posts

Berita Terkini

Malaysia Dalam Keadaan Genting Tangani COVID-19

27 Jan 2021
Berita Terkini

Sektor Teknologi Terus Atasi Saingan

27 Jan 2021
Info Pasaran Tempatan

Jumlah Hartanah Tidak Terjual Dijangka Meningkat

27 Jan 2021

Discussion about this post

loader

  • Isi Borang Temu Janji Dalam Talian Sebelum Berurusan Di JPN

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairat Kematian Percuma Yang Perlu Diketahui

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Apa Perbezaan Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Wang

    10 shares
    Share 10 Tweet 0
  • Permohonan Perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Online

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

loader

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

loader

Career