EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Januari 27, 2021
uLearnMoneyLanggananAcara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN中文eDagang
Celik Wang

Pertumbuhan Perdagangan Malaysia UAE Wujudkan Potensi Ekonomi

by moneycompass
Disember 30, 2020
in Info Pasaran Global, News
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan luar biasa dalam perdagangan dua hala dan pelancongan antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menunjukkan wujudnya potensi ekonomi yang luas, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam wawancara eksklusif dengan Emirates News Agency (WAM), Seri Paduka Baginda bertitah UAE telah menjadi salah satu rakan dagang utama Malaysia di rantau Asia Barat, dan pada tahun 2019 sahaja, jumlah perdagangan antara Malaysia dan UAE mencapai US$6.426 bilion, iaitu 12.5 peratus melonjak daripada US$5.709 bilion pada tahun 2018.

UAE juga merupakan destinasi eksport terbesar di Malaysia dan sumber import kedua terbesar di rantau ini, titah Al-Sultan Abdullah semasa lawatan khas lima hari ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 21 Disember lepas.

“Malaysia dan UAE mempunyai hubungan yang baik, terutama dalam sektor perdagangan dan pelaburan.

“Berdasarkan kepada lokasi strategik Malaysia di rantau Asia Tenggara, Malaysia berkomitmed untuk menjadikannya sebagai pintu masuk kepada UAE bagi meneroka pasaran di Asia Tenggara yang mempunyai penduduk sebanyak 650 juta orang,” titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah sebagai hab utama di rantau Asia Barat, UAE sentiasa menjadi negara penting bagi Malaysia dan berperanan sebagai gerbang kepada Malaysia meneroka pasaran baharu.

Lawatan khas itu adalah kali ketiga buat Seri Paduka Baginda sejak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Lawatan pertama pada 12 hingga 15 Jun, 2019 disusuli lawatan kedua, iaitu lawatan peribadi yang juga atas jemputan Sheikh Mohamed Zayed pada 29 November hingga 3 Disember, 2019.

Sheikh Mohamed Zayed pula telah melakukan lawatan khas ke Malaysia atas jemputan Al-Sultan Abdullah bersempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai, 2019.

 

– BERNAMA

BACA SETERUSNYA –Perdagangan Malaysia Thailand Susut Dalam 10 Bulan Tahun Ini

ShareTweetPin
Previous Post

Tambah Baik Pembungkusan Produk Bagi Tingkat Imej

Next Post

Keluar Nota Panduan Bagi Kawal Aktiviti Nasihat Pelaburan

Related Posts

Berita Terkini

Malaysia Dalam Keadaan Genting Tangani COVID-19

27 Jan 2021
Berita Terkini

Sektor Teknologi Terus Atasi Saingan

27 Jan 2021
Info Pasaran Tempatan

Jumlah Hartanah Tidak Terjual Dijangka Meningkat

27 Jan 2021

Discussion about this post

loader

  • Isi Borang Temu Janji Dalam Talian Sebelum Berurusan Di JPN

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairat Kematian Percuma Yang Perlu Diketahui

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Apa Perbezaan Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Wang

    10 shares
    Share 10 Tweet 0
  • Permohonan Perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Online

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

loader

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

loader

Career