EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Januari 27, 2021
uLearnMoneyLanggananAcara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN中文eDagang
Celik Wang

Lanjutan Pengecualian Cukai Jualan Beri Kejutan Positif

by moneycompass
Disember 31, 2020
in Gaya Hidup, News
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lanjutan pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2021 adalah kejutan positif buat pengeluar automotif dan pengguna, sekali gus dapat merangsang aktiviti pembelian kenderaan untuk beberapa bulan akan datang selain mengurangkan tempahan tertunggak.

Penganalisis Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, berkata firma penyelidikannya menjangkakan pemulihan lebih kukuh jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi 2021 kepada 585,000, 17 peratus lebih tinggi berbanding tahun ini.

“Kami percaya pelancaran baharu pada suku keempat 2020 seperti Proton X50, Honda City dan Nissan Almera mampu membantu meningkatkan sentimen pengguna.

“Ini dipacu dengan lanjutan cukai jualan sehingga 30 Jun 2021, promosi bermusim dan pelancaran baharu pada separuh kedua tahun depan,” katanya dalam satu nota.

TA Securities dalam nota penyelidikannya berkata, ia percaya pengecualian cukai itu akan membantu meningkatkan jualan kereta pada tahun depan, sekali gus ia menyemak semula sasaran TIV lebih tinggi 5.9 peratus kepada 627,000 unit bagi 2021.

“Dapat dilihat sewaktu tempoh pengecualian cukai, pertumbuhan TIV dari Julai hingga November lalu meningkat secara purata 1.5 peratus tahun ke tahun.

“Ini membantu menyederhanakan penguncupan TIV untuk tempoh 11 bulan pertama 2020 kepada 16.7 peratus (454,700 unit) daripada penguncupan 41.1 peratus pada separuh pertama 2020.

“Jualan kereta yang lemah pada separuh pertama 2020 adalah disebabkan oleh penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari, berkata pelanjutan itu diharap dapat meneruskan momentum bagi prestasi jualan industri automotif lebih positif pada penghujung 2020, yang pada mulanya terkesan akibat sentimen berjaga-jaga oleh pembeli awal tahun ini selepas PKP dilaksanakan.

Katanya, walaupun sektor automotif menunjukkan kestabilan pada suku ketiga dan keempat 2020, lanjutan itu dapat memberi lebih masa kepada pengeluar kenderaan serta komponen untuk melaksanakan pelan pemulihan dan strategi pemasaran pasca pandemik COVID-19.

“Ini juga memberikan sedikit ruang bagi pengguna membuat pilihan sesuai jika memerlukan kenderaan baharu dalam masa terdekat ini.

“Langkah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Kementerian Kewangan juga dilihat sebagai tanda kepentingan sektor ini kepada kerajaan dan negara,” katanya.

 

BACA SETERUSNYA –Kerajaan Dijangka Peroleh Pendapatan Menerusi Cukai Luar Biasa

ShareTweetPin
Previous Post

Keluar Nota Panduan Bagi Kawal Aktiviti Nasihat Pelaburan

Next Post

Rangkaian 3G Bakal Ditamatkan

Related Posts

Berita Terkini

Malaysia Dalam Keadaan Genting Tangani COVID-19

27 Jan 2021
Berita Terkini

Sektor Teknologi Terus Atasi Saingan

27 Jan 2021
Info Pasaran Tempatan

Jumlah Hartanah Tidak Terjual Dijangka Meningkat

27 Jan 2021

Discussion about this post

loader

  • Isi Borang Temu Janji Dalam Talian Sebelum Berurusan Di JPN

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairat Kematian Percuma Yang Perlu Diketahui

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Apa Perbezaan Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Wang

    10 shares
    Share 10 Tweet 0
  • Permohonan Perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Online

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

loader

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

loader

Career