EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Ahad, Januari 17, 2021
uLearnMoneyLanggananAcara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN中文eDagang
Celik Wang

Kekukuhan Ringgit Beri Impak Pada Pasaran Ekuiti

by moneycompass
Januari 11, 2021
in Info Pasaran Tempatan, News
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kekukuhan ringgit ketika ini dijangka membawa impak positif kepada pasaran ekuiti di tengah-tengah kelemahan dolar AS, apabila petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 30.24 mata untuk ditutup bagi minggu pertama 2021 pada paras tertinggi harian 1,633.19.

Ringgit diniagakan setinggi 3.9957 berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan tahun ini dan firma penyelidikan berkenaan percaya kelemahan dolar itu akan berterusan.

Seorang penganalisis berkata ia terbukti pada Jumaat minggu yang baru berakhir ini, selepas FBM KLCI bergerak rendah semasa sesi pagi, dan ramai pembeli mencari mana-mana saham rendah dalam pasaran membangun dan langkah itu membayangkan ekuiti serantau berada di landasan untuk meningkat lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata 2021 bakal menjadi tahun yang lebih baik dengan sokongan ringgit yang kukuh, yang bakal menarik lebih ramai pelabur asing.

“Faktor-faktor yang menggalakkan termasuk sokongan pada masa akan datang dalam bentuk mudah tunai daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dengan pengurangan kadar faedah, pelaksanaan rangsangan Belanjawan 2021, keterlibatan tinggi pelabur runcit, lantunan semula kukuh pendapatan korporat dan kenaikan harga minyak mentah dunia yang berlegar sekitar US$55 setong.

“Jangkaan umum COVID-19 dapat dibendung pada 2021 juga meningkatkan sentimen susulan berita pelaksanaan vaksinasi tidak lama lagi.

“Kekuatan ringgit yang meyakinkan berbanding dolar AS juga akan menjadi penyumbang untuk menarik pelabur asing secara berperingkat ke Malaysia pada 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada data yang diperoleh bagi tahun penuh 2020, pelabur antarabangsa menjual RM24.6 bilion bersih ekuiti tempatan di Bursa Malaysia.

Nazri berkata dengan ringgit yang mencatatkan prestasi lebih baik, ia akan membawa kesan domino kerana ia menyokong banyak sektor, antara lainnya adalah komoditi yang bakal merangsang pasaran ekuiti.

“Apabila ringgit kukuh, orang akan berpusu-pusu membeli minyak sawit mentah. Apabila komoditi dalam nilai dolar AS ini menjadi murah untuk dibeli oleh peniaga, begitu juga negara-negara seperti China dan India,” katanya.

Nazri berkata pelabur runcit sudah tentunya masih mendominasi dengan sokongan rangsangan daripada Belanjawan 2021 memandangkan mereka kini membentuk 37 peratus dalam pasaran dan diharapkan akan mencapai 40 peratus pada tahun ini.

“Sektor yang akan meningkat merupakan penerima manfaat dana asing seperti Telekom Malaysia, British American Tobacco, Genting, Inari dan bank-bank, selain pembinaan dan hartanah yang akan menjadi peneraju seiring dengan tenaga atau minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata belanjawan 2021 memberikan penekanan penting kepada projek berimpak pengganda tinggi yang disambung semula seperti Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dan Lebuhraya Pan Borneo dan dijangka mewujudkan impak positif seawal suku pertama 2021.

Nazri berkata menjelang akhir tahun, sasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berada pada paras 1,800, yang manaka kali terakhir dicatatkan adalah pada 2018, meskipun pada anggaran yang agak agresif iaitu nisbah 16.5 setahun, dipacu oleh penerima manfaat dana asing serta sektor-sektor kitaran.

Beliau turut menekankan beberapa kemungkinan risiko yang boleh menjejaskan keadaan misalnya ketidaktentuan politik, isu melibatkan garis masa vaksin dan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan.

“Risiko itu termasuk kemungkinan diadakan pilihan raya umum dan garis masa vaksin. Tidak dapat dipastikan bilakah vaksin ini akan berada di Malaysia, diharapkan tiada kelemahan dalam (pengedaran) vaksin sekiranya mereka berdepan pengalaman buruk dalam logistik kerana ia juga risiko besar,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia tidak berputus asa dalam mengharungi cabaran besar pada 2020, dan mengatasi kebanyakan negara di rantau ini seperti Indonesia, Singapura dan Thailand meskipun FBM KLCI berada pada paras terendah dalam tempoh lapan bulan pada Februari dan Mac.

 

– BERNAMA

BACA SETERUSNYA –Ringgit Ditutup Tinggi Dua Hari Berturut

ShareTweetPin
Previous Post

DPMM Labuan Main Peranan Penting Dalam Ekonomi Labuan

Next Post

Salur Bantuan Bagi Terjejas Banjir

Related Posts

News

Harap Bantu Peniaga Terjejas

15 Jan 2021
Berita Terkini

Rancang Tarik 10,000 Peniaga Sertai Platform Atas Talian

15 Jan 2021
Malaysian ringgit notes are seen among U.S. dollar bills in this photo illustration taken in Singapore August 24, 2015. The Malaysian ringgit hit a fresh pre-peg 17-year low on Monday as sustained worries about China's economy dented global risk appetite with European and Wall Street stocks suffering their largest one-day drop in nearly four years. The ringgit lost 0.9 percent to 4.2200 per dollar, its weakest since Aug. 31, 1998. The ringgit was pegged at at 3.8000 to the dollar in September 1998 and maintained there until 2005. REUTERS/Edgar Su
Info Pasaran Global

Sasar Ringgit Meningkat Berbanding Dolar Menjelang Akhir Tahun

15 Jan 2021

Discussion about this post

loader

  • Isi Borang Temu Janji Dalam Talian Sebelum Berurusan Di JPN

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairat Kematian Percuma Yang Perlu Diketahui

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Apa Perbezaan Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Permohonan Perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Online

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Wang

    10 shares
    Share 10 Tweet 0

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

loader

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

loader

Career