KUALA LUMPUR – Aeon Credit Service (M) Bhd diberikan pembaharuan lesen peminjam wang di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) 2003 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Syarikat itu dalam satu makluman berkata, lesen sah untuk dua tahun lagi berkuatkuasa 15 Januari 2021 hingga 14 Januari 2023 dan tertakluk kepada pembaharuan oleh KPKT.
Katanya, ia menerima surat berkenaan daripada KPKT yang bertarikh 23 November 2020.
Aeon Credit mula diberikan lesen peminjam wang pada Januari 2019 daripada KPKT untuk tempoh dua tahun.
Kelulusan itu membolehkan Aeon Credit menjalankan mana-mana perniagaan berkaitan aktiviti pinjaman wang yang melengkapi perniagaan sedia adanya.
BACA SETERUSNYA – Kadar Faedah Pinjaman Dijangka Kekal
Discussion about this post