KUALA LUMPUR – Platform membeli belah dalam talian Lazada Malaysia berkata beribu-ribu pekedai runcit bersiap sedia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dengan lebih 10,000 barangan runcit dan pelbagai barangan keperluan penting disediakan secara teratur menerusi laman khusus ‘Keep Calm and Shop from Home’ di platform tersebut.
Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia Sherry Tan berkata barangan keperluan di laman tersebut merangkumi sayur-sayuran, buah-buahan, daging, makanan laut dan bahan-bahan masakan lain yang segar dari ladang selain barangan keperluan harian seperti pelitup muka, produk kebersihan dan makanan haiwan peliharaan.
“Kami sentiasa berdiri teguh bersama rakan perniagaan kami untuk memenuhi keperluan harian para pelanggan yang semakin meningkat. Purata jualan harian kategori barangan runcit di Lazada telah mencatat peningkatan lebih 170 peratus tahun ke tahun sepanjang 2020,” katanya di dalam satu kenyataan.
Di samping itu, beliau berkata baucar Penghantaran Percuma harian dan diskaun sehingga 50 peratus ditawarkan di laman ‘Keep Calm and Shop from Home’ Lazada (http://lzd.co/ShopFromHome).
“Penjual barangan segar dan makanan sejuk terpilih turut menyediakan penghantaran 24 jam dan 48 jam semasa PKP 2.0. Segala barangan keperluan rakyat boleh dihantar terus ke rumah mereka setiap hari secara pantas,” katanya.
Sementara itu, pemilik Fully Fishery, Lee Ka Seng berkata kedai runcit juga menjual makanan laut di Lazada sejak akhir tahun lepas berikutan permintaan tinggi terhadap barangan runcit di platform eDagang, serta sokongan logistik yang sangat diperlukan disediakan kepada penjual.
Pengasas, D Mart, Dylan Lee, berkata beliau telah mendapat bimbingan oleh perisian eDagangnya Lazada yang intuitif seperti Lazada University, yang membolehkan perniagaannya untuk terus berkembang maju.
– BERNAMA
BACA SETERUSNYA – Jom Beli Makanan Di Lazada!
Discussion about this post