EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 1, 2021
uLearnMoneyLanggananAcara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN中文eDagang
Celik Wang

Malaysia Turut Berusaha dalam Teknologi Pengesanan COVID-19

by moneycompass
Februari 4, 2021
in Gaya Hidup, News
0
Coronavirus Disease 2019 Graphic. (U.S. Air Force Graphic by Rosario "Charo" Gutierrez)

Coronavirus Disease 2019 Graphic. (U.S. Air Force Graphic by Rosario "Charo" Gutierrez)

Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Di sebalik kejayaan dan penemuan baharu negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura dalam teknologi pengesanan virus COVID-19, Malaysia turut tidak ketinggalan dalam usaha berkenaan menerusi pelbagai inisiatif yang sedang dibangunkan, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ahmad Amzad Hashim.

Beliau berkata antara lain, usaha itu menerusi kerjasama MOSTI bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Pengajian Tinggi yang membantu serta membiayai beberapa teknologi yang sedang dibangunkan oleh universiti tempatan.

“Ia seperti pengesanan COVID-19 menggunakan DNA dan teknologi berasaskan pengesanan gentian fiber optik ke atas sampel air liur.

“Teknologi-teknologi yang sedang dibangunkan oleh universiti tempatan ini masih lagi dalam fasa pembangunan dan piawaian bagi memastikan teknologi ini selamat untuk digunakan dan memberikan bacaan yang tepat.

“Usaha ini sangat penting bagi memastikan kecekapan mengesan virus COVID-19 berada pada tahap yang lebih tinggi dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beliau berkata terdapat juga beberapa usaha penyelidikan dan pembangunan dalam ekonomi kurang sentuh, teknologi tinggi (low touch, high tech) bagi memudahkan kehidupan seharian dalam mengharungi norma baharu.

Tahun lepas katanya, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) sebuah agensi di bawah MOSTI turut melancarkan teknologi robotik untuk diguna pakai bagi menyelesaikan isu kebersihan dan pengangkutan barang di sebuah pasar awam negara ini.

“Selain itu, pernah tular sebelum ini tentang robot penghantaran yang dinamakan Robot Makcik Kiah 19 (MCK19) atau Key Innovations Assisting Healthcare (KIAH) yang telah dicipta bagi membantu melakukan kerja para petugas barisan hadapan.

“MOSTI sendiri telah melancarkan Malaysia Grand Challenge bagi mendepani cabaran-cabaran terkini negara dengan mengambil kira cabaran tempatan dan antarabangsa.

“Selain itu, kita juga ada MyHackhaton, National Technology Industrial Sandbox (NTIS) dan sebagainya,” katanya, sambil menambah kerajaan sentiasa mengalu-alukan dan menerima idea baharu bagi membantu mutu perkhidmatan awam.

 

– BERNAMA

BACA SETERUSNYA –COVID 19: Orang Muflis Dibenar Keluarkan Caruman KWSP

ShareTweetPin
Previous Post

Tingkat Kepentingan Literasi Kewangan Dengan Pertandingan Video

Next Post

Usaha Memacu Aspirasi Negara Bergantung Pada Jaringan Keretapi

Related Posts

Woman Vaping behind the wheel
Gaya Hidup

Pemain Industri Vape Sedia Di Kawal Selia Kerajaan

01 Mac 2021
News

Sumbangan Ekonomi Digital Pada KDNK Negara Positif

26 Feb 2021
Berita Terkini

Kawal Harga Borong Peranti Teknologi 5G

26 Feb 2021

Discussion about this post

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget
loader

  • Isi Borang Temu Janji Dalam Talian Sebelum Berurusan Di JPN

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairat Kematian Percuma Yang Perlu Diketahui

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Apa Perbezaan Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Wang

    10 shares
    Share 10 Tweet 0
  • Permohonan Perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Online

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

loader

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

loader

Career