EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 1, 2021
uLearnMoneyLanggananAcara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN中文eDagang
Celik Wang

Malaysia Dan Indonesia Setuju Laksana Laluan Hijau

by moneycompass
Februari 8, 2021
in Gaya Hidup, News
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia telah bersetuju secara prinsipnya untuk melaksanakan skim laluan hijau timbal balik (RGL) bagi meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara, kata Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Bagaimanapun, katanya, perancangan itu memerlukan susulan lanjut bagi memperincikan prosedur operasi standard (SOP) untuk pelaksanaan.

“Ini perlukan susulan terutamanya bagi Malaysia bagaimana untuk memperketat SOP sedia ada. Ini akan dilaksanakan apabila kedua-dua pihak kesihatan Malaysia dan Indonesia selesa untuk melaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun begitu, Muhammad Shahrul Ikram berkata, RGL itu atau di Indonesia dikenali sebagai ‘corridor travel arrangement’ tidak terbuka kepada semua warganegara tetapi bertujuan untuk memudahkan perjalanan para pegawai kerajaan serta pelabur dari kedua-dua negara serta mempertingkat perdagangan terutamanya peniaga bernilai tinggi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hasil lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia bagi mengadakan pertemuan empat-mata dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada Jumaat.

Menurutnya, antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin negara itu adalah berkenaan isu diskriminasi terhadap minyak sawit.

“Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar utama minyak sawit dunia, yang mana dalam konteks Malaysia kita ada 600,000 pekerja dalam industri ini.

“Jika tidak ditangani secara bersama dengan baik kesannya kurang. Jadi kedua pemimpin bersetuju untuk lebih sepakatan untuk memperkukuhkan platform sedia ada seperti melalui Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC),” jelasnya.

Selain itu, katanya, kedua-dua pemimpin tersebut turut membincangkan mengenai isu alam sekitar seperti masalah jerebu dan telah bersetuju untuk menanganinya secara bersama.

Bagaimanapun, perlu ditekankan bahawa walaupun para pemimpin telah bersetuju ia bukan bermaksud semua masalah selesai tetapi ia memerlukan tindakan susulan di peringkat menteri dan jawatankuasa kerja, ujarnya.

Indonesia merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia di peringkat dunia dan ketiga terbesar dalam kalangan negara-negara ASEAN.

 

– BERNAMA

BACA SETERUSNYA –Ekonomi Indonesia Menguncup Untuk Kali Pertama

ShareTweetPin
Previous Post

Sektor Pembuatan dan Kewangan Bakal Bantu Pemulihan Eknomi

Next Post

Moratorium Dijangka Timbulkan Risiko

Related Posts

Woman Vaping behind the wheel
Gaya Hidup

Pemain Industri Vape Sedia Di Kawal Selia Kerajaan

01 Mac 2021
News

Sumbangan Ekonomi Digital Pada KDNK Negara Positif

26 Feb 2021
Berita Terkini

Kawal Harga Borong Peranti Teknologi 5G

26 Feb 2021

Discussion about this post

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget
loader

  • Isi Borang Temu Janji Dalam Talian Sebelum Berurusan Di JPN

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairat Kematian Percuma Yang Perlu Diketahui

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Apa Perbezaan Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Wang

    10 shares
    Share 10 Tweet 0
  • Permohonan Perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Online

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

loader

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

loader

Career