EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, Mac 6, 2021
uLearnMoneyLanggananAcara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN中文eDagang
Celik Wang

Ringgit Dilihat Kembali Dan Terus Kukuh

by moneycompass
Februari 10, 2021
in Info Pasaran Tempatan, News
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah yang stabil, kata penganalisis.

Pada penutupan, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0460/0500 berbanding dengan dolar AS daripada 4.0630/0680 ketika ditutup pada Isnin.

Penganalisis berkata, dolar AS mengalami penyusutan berikutan pelabur terus meragui kadar kepantasan pemulihan ekonomi AS berikutan data pembayaran gaji bukan ladang bagi Januari adalah lebih rendah berbanding dengan jangkaan seperti yang dikeluarkan pada Jumaat lalu.

“Sentimen pasaran pekerjaan yang suram memerlukan lebih banyak sokongan fiskal, dan walaupun tambahan pusingan langkah rangsangan boleh menyokong pemulihan ekonomi di AS namun pasaran bimbang ia boleh meningkatkan defisit akaun semasa,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, ia sekali gus meredakan keyakinan pelabur terhadap dolar AS dan melemahkan mata wang negara maju itu dalam beberapa minggu akan datang.

Sementara itu, minyak mentah Brent naik 0.50 peratus untuk diniagakan pada AS$60.86 setong.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes, berkata harga minyak mentah yang tinggi adalah petanda baik bagi kedudukan fiskal Malaysia berbanding dengan andaian kerajaan menerusi Belanjawan 2021 pada AS$42 setong tahun ini serta AS$45 hingga AS$55 setong bagi tempoh 2021-2023.

“Mengandaikan harga itu kekal, dengan kenaikan harga minyak mentah sebanyak AS$15 setong, ia mendorong tambahan hasil kerajaan sebanyak RM4.5 bilion berbanding anggaran (perbelanjaan mengurus) RM237 bilion pada 2021, yang penting untuk menambah baik situasi defisit fiskal.

“Ini dapat memberi kapasiti usaha untuk kerajaan merangsangkan aktiviti dalam ekonomi menerusi penyediaan dana serta membiayai beberapa projek besar. Pasti, ini akhirnya akan mendorong ringgit didagangkan lebih kukuh tahun ini,” katanya.

Mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama pada Selasa.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0488/0520 daripada 3.0421/0465 ketika ditutup pada Isnin dan turun berbanding euro kepada 4.8993/8046 daripada 4.8874/8942.

Unit tempatan juga lemah berbanding yen kepada 3.8688/8734 daripada 3.8472/8523 semalam dan menguncup berbanding pound kepada 5.5754/5817 daripada 5.5683/5764.

 

– BERNAMA

BACA SETERUSNYA –Ringgit Dijangka Terus Rendah

ShareTweetPin
Previous Post

Punca Pendapatan Penghantar Menjadi Sukar Dengan Persaing

Next Post

Jumlah Jawatan Kosong Dalam Sektor Swasta Semakin Kurang

Related Posts

Gaya Hidup

Jangka Penerbangan Global Pulih Seawal 2023

05 Mac 2021
Berita Terkini

Perkenal Tema Baharu Bagi Jalan Penyeesaian Dalam Sektor Perniagaan

05 Mac 2021
Berita Terkini

Rangka Langkah Tambahan Bagi Golongan Rentan

05 Mac 2021

Discussion about this post

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget
loader

  • Isi Borang Temu Janji Dalam Talian Sebelum Berurusan Di JPN

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairat Kematian Percuma Yang Perlu Diketahui

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Apa Perbezaan Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Wang

    10 shares
    Share 10 Tweet 0
  • Permohonan Perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Online

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

loader

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

loader

Career