EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 1, 2021
uLearnMoneyLanggananAcara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN中文eDagang
Celik Wang

Teliti Tawar Kenderaan Elektrik Dalam Pasaran Tempatan

by moneycompass
Februari 18, 2021
in Gaya Hidup, News
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sedang meneliti rancangan untuk menawarkan model kenderaan elektrik (EV) keluarannya, EQ ke pasaran tempatan, namun ini bergantung kepada semakan semula Dasar Automotif Nasional (NAP) dan infrastruktur berkaitan aspek pengecasan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Claus Weidner berkata pihaknya kini dalam proses meneliti aspek kebolehlaksanaan dan kewajaran dari segi ekonomi untuk membawa masuk kenderaan EQ tersebut.

“Bagaimanapun, usaha memperkenalkan kenderaan tu bergantung kepada insentif kerajaan membabitkan insentif pengeluaran dan peraturan berkaitan,” katanya pada sesi meja bulat media secara maya di sini pada Selasa.

Menurutnya, pengeluar kereta itu sememangnya berhasrat untuk membawa masuk EV ke pasaran Malaysia tetapi usaha itu perlu diselaras sewajarnya berikutan ketidaktentuan dan persekitaran politik.

“Kami juga telah mengadakan perbincangan (berkaitan) sebelum ini dan perlu melihat sama ada permintaan kami dapat diterima. Malah, kami akan terus bekerjasama erat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bagi melihat syarat atau ketetapan di bawah NAP untuk membawa masuk kenderaan ini,” katanya.

Weidner berkata, perancangan masa depan syarikat itu turut bergantung kepada hala tuju kerajaan serta bagaimana ia mahu memperkenalkan teknologi sedemikian di pasaran.

Mengulas prospek MBM tahun ini, beliau menyifatkan langkah-langkah seperti pengecualian cukai, usaha pendigitalan serta pemulihan ekonomi negara sebagai elemen pemacu prestasi kewangan syarikat dan industri automotif tempatan.

MBM juga akan meneruskan strategi yang mengutamakan pelanggan dalam persekitaran yang tidak menentu.

“Kami telah memperkenalkan strategi digital seperti pelancaran menerusi platform itu serta bilik pameran secara maya yang dapat menjangkaui lebih ramai pelanggan,” katanya.

Weidner bagaimanapun enggan mendedahkan angka sasaran jualan bagi tahun ini.

Menurutnya, walaupun dalam persekitaran mencabar pada 2020, Mercedes-Benz International berjaya mengharungi keadaan itu menerusi penyerahan lebih dua juta unit kereta di seluruh dunia — pencapaian untuk tahun kelima berturut-turut yang didorong oleh langkah pendigitalan jualan dan perkhidmatan.

 

– BERNAMA

BACA SETERUSNYA –Bakal Terima Pelaburan Industri Kenderaan Teknologi Hijau

ShareTweetPin
Previous Post

Program Vaksinasi Kebangsaan Menjadi Faktor Pemulihan Ekonomi

Next Post

Model Perniagaan Berdaya Tahan Bakal Galakkan Pertumbuhan

Related Posts

News

Sumbangan Ekonomi Digital Pada KDNK Negara Positif

26 Feb 2021
Berita Terkini

Kawal Harga Borong Peranti Teknologi 5G

26 Feb 2021
News

Ekonomi Malaysia Bakal Menunjukkan Prospek Positif

26 Feb 2021

Discussion about this post

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget
loader

  • Isi Borang Temu Janji Dalam Talian Sebelum Berurusan Di JPN

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairat Kematian Percuma Yang Perlu Diketahui

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Apa Perbezaan Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Wang

    10 shares
    Share 10 Tweet 0
  • Permohonan Perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Online

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

loader

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

loader

Career