EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 1, 2021
uLearnMoneyLanggananAcara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN中文eDagang
Celik Wang

Pemulihan Ekonomi Dapat Dipercepat Dengan Pengambilan Vaksin

by moneycompass
Februari 22, 2021
in News, Tajuk Utama
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemulihan ekonomi negara akan dapat dipercepatkan jika majoriti atau lebih 50 peratus penduduk dewasa menerima vaksin menjelang pertengahan tahun ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata perkara yang paling utama ialah memastikan semua vaksin yang diterima dapat diedarkan secepat mungkin ke setiap Pusat Pemberian Vaksin.

Pada masa sama, tegasnya rakyat perlu memberi kerjasama untuk mendaftar dan membuat temu janji bagi mendapatkan vaksin berkenaan.

“Jika program imunisasi ini berjalan dengan lancar, pemulihan ekonomi akan berlaku seperti yang diharapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Malaysia menerima penghantaran pertama vaksin semalam diikuti pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula Rabu ini.

Mengulas lanjut, Ahmed Razman mengingatkan bahawa pemulihan ekonomi tidak hanya semata-mata kepada pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, sebaliknya turut bergantung kepada persekitaran dan perkembangan politik global.

Beliau berkata, tidak dinafikan bahawa program imunisasi COVID-19 akan memberi keyakinan kepada rakyat dan perniagaan untuk kembali menjalani kehidupan dan aktiviti harian seperti biasa.

Namun, katanya, ketidaktentuan pasaran ekonomi dunia seperti harga komoditi, perang tarif dan isu geopolitik akan turut memberi kesan kepada pemulihan ekonomi negara.

“Program vaksinasi antara faktor utama dalam membantu pemulihan ekonomi. Namun, pemulihan ekonomi negara juga bergantung kepada faktor luaran lain,” katanya.

Ahmed Razman berkata, langkah kerajaan menyediakan lebih 605 Pusat Pemberian Vaksin di seluruh negara pastinya akan mempercepatkan proses imunisasi di seluruh Malaysia.

Mengenai lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) sehingga 4 Mac ini, beliau berkata, masih ada ruang untuk pemulihan ekonomi, walaupun dilaksanakan di empat negeri yang menyumbang sebahagian besar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Fasa kedua pemberian vaksin untuk warga tua dan fasa ketiga pemberian vaksin untuk orang dewasa hanya akan bermula pada April dan Mei 2021.

“Jika keluk jangkitan COVID-19 dapat dilandaikan dengan lebih cepat menerusi lanjutan PKP ini, ia akan mempercepatkan lagi pemulihan ekonomi, di samping pengedaran vaksin ke seluruh negara,” katanya.

 

– BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA –Program Vaksinasi Kebangsaan Menjadi Faktor Pemulihan Ekonomi

ShareTweetPin
Previous Post

Separuh Pekerja Malaysia Mahu Bekerja Dari Rumah Pasca COVID-19

Next Post

MyDIGITAL Bakal Tempatkan Malaysia Pada Kedudukan Baik

Related Posts

Woman Vaping behind the wheel
Gaya Hidup

Pemain Industri Vape Sedia Di Kawal Selia Kerajaan

01 Mac 2021
News

Sumbangan Ekonomi Digital Pada KDNK Negara Positif

26 Feb 2021
Berita Terkini

Kawal Harga Borong Peranti Teknologi 5G

26 Feb 2021

Discussion about this post

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget
loader

  • Isi Borang Temu Janji Dalam Talian Sebelum Berurusan Di JPN

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairat Kematian Percuma Yang Perlu Diketahui

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Apa Perbezaan Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Wang

    10 shares
    Share 10 Tweet 0
  • Permohonan Perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Online

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

loader

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

loader

Career